Monday, 27 May 2019

Kongsi Cerita dan Masalah Anda Mengenai Jalan Pintas

Assalamualaikum WBT. Kepada pembaca blog Abg Lori yang ingin berkongsi cerita atau masalah mengenai jalan pintas atau jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan jalan raya adalah dialu-alukan. Info-info jalan-jalan berbahaya pun boleh juga.

emailkan kepada:  4bgl0r1[ at ]gmail.com (sila gantikan [ at ] kepada @).

Sunday, 22 November 2015

Aplikasi untuk selamatkan no telefon anda.

Assalamualaikum pembuka kata. Hari ini Abg Lori nak share dengan pembaca di luar sana tentang satu aplikasi android khusus untuk pengguna telefon pintar (smartphone) Lenovo.

Aplikasi ini diberi nama SYNCit. Boleh muatturun di Play store anda.

Fungsi aplikasi ini adalah untuk menyimpan maklumat nombor telefon (contact), SMS dan log pangilan. Aplikasi ini memerlukan sambungan internet untuk proses simpanan dan restore.

#lenovo #aplikasiuntuklenovoanda #applicationforsmartphonelenovo

Wednesday, 18 November 2015

Kebaikan cuka kurma (khal)

APA ITU KHAL?
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti Tamar (kurma), Epal, Anggur, dan Tiin yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, sehingga bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil VINEGAR.

KHAL Tamar ini dihasilkan di Negara Timur Tengah atau Tanah Arab pada sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W lagi, perhatikan petikan hadis Rasulullah S.A.W ini :
Bersabda Rasulullah S.A.W,
”Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

KHAL insyaAllah dapat menyembuhkan penyakit oleh setiap orang seperti :
Kencing Manis
Darah Tinggi
Membuang Kolesterol
Lemak di jantung dan usus
Mencegah obesiti dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi.
Mencegah masalah asid berlebihan
Masalah gout
Buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik,
Menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.

KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?
KHAL kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL juga dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di badan), memotong garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.
KHAL DAN PENJAGAAN BADAN (SLIMMING) SECARA SEMULAJADI

KHAL dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

KHAL juga membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti). KHAL membina proses awet muda, badan yang cantik (slimming), keremajaan kulit di muka, melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut. KHAL juga membuatkan kulit kelihatan sihat, melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit.

SEBAHAGIAN DARI HADIS NABI S.A.W TENTANG KHAL
Maksudnya : Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.).
Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; dan Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Perhatian : Dalam hadis sahih di atas, Rasulullah saw mengulangi sebanyak dua kali perkataan
Maksudnya (”Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”). Dalam kitab-kitab perubatan Islam, ulamak perubatan Islam menyebutkan bahawa pengulangan sebanyak dua kali oleh Nabi saw ini adalah satu penegasan dan kepentingan KHAL untuk kesihatan umatnya.

Terjemahannya : Dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (r.d) dari Nabi saw, “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan para nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.”
(Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 3318)

PERHATIAN!
Pertama: Kita dapat lihat sendiri bahawa Rasulullah saw dalam hadis di atas yang Maksudnya, “Ya Allah berkatilah pada KHAL”. Rasulullah saw memohon hajat kepada Allah agar diberkati amalan meminum KHAL, sudah pastilah doa Rasulullah ini dimakbulkan oleh Allah kerana Baginda adalah kekasihNya dan pastilah juga terdapat rahsia kepentingan KHAL oleh tubuh badan yang diciptakan oleh Allah SWT.

Kedua: Hadis di atas ada menyebutkan perkataan Baginda saw maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang elok dan tidak ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Ketiga: Saranan atau galakan Rasulullah saw dalam hadis ini tentang sabda Baginda saw
maksudnya “dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah”. Ini dapat kita fahami bahawa KHAL perlu sentiasa ada di rumah, sentiasa diminum oleh ahli keluarga di rumah tersebut.
Perlu diambil perhatian yang lebih kepada sebarang doa dan suruhan, penegasan dan galakan
dari Rasulullah saw kerana Baginda tidak akan bercakap sesuatu apa pun melainkan wahyu yang diwahyukan oleh Allah SWT
SEBAHAGIAN DARIPADA KENYATAAN KHAL OLEH ULAMAK PERUBATAN ISLAM SILAM.

Kenyataan dari Saiyidina Ali (karramallah)
Terjemahannya : “Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati.” Lihat dalam Kitab Perubatan Saiyidina Ali (k.w.)oleh Muhsin Aqil, Darul Mahajjah Al-Baida’, Bairut, 1418, muka surat 320 - 325.

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK PERUBATAN ISLAM TERKENAL IAITU IBNU SINA (TAHUN 370 - 428 H), DALAM KITAB BELIAU AL-QANUN FI AL-TIB TAHQIQ DAN TA’LIQ OLEH SA’ID AL-LAHHAM, JUZUK 1, DARUL FIKRI, BAIRUT TAHUN 1414H, MUKA SURAT 908 - 909.

Terjemahannya : “KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser),
menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak,
batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah
lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”.
(Lihat juga kitab Saidaliyyatu Ibnu Sina, Syarah dan Tak’lik oleh Ridho’ Ayash, Darus
As-Surur, Bairut, Tahun 1420 H, muka surat 725 - 727)

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK ISLAM TERKENAL IAITU IBNU QAIYYIM AL-JAUZIYYAH (TAHUN 691 - 751H) DALAM KITAB BELIAU AL-TIB AL-NABAWI DARUL KITAB AL’ARABI, BAIRUT 1410 H, MUKA SURAT 233.

Terjemahannya: KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).

CARA PENGAMBILAN
2 sudu besar cuka kurma + segelas air diminum (amalkan sebelum makan pagi, tgh hari, malam)

Monday, 24 August 2015

10 Tips & Teknik Menyimpan Duit

Menyimpan duit sebenarnya satu kemestian bagi setiap individu. Bak kata orang2 lama ' Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.

Dengan menyimpan duit anda akan dapat merasakan ketenangan dalam kerja dan kehidupan seharian. Duit yang anda tabung tadi membolehkan anda membeli sesuatu aset tanpa hutang atau secara tunai seperti motorsikal, kereta bahkan rumah (tidak mustahil).

Di sini Abg Lori nak kongsikan 10 tips atau teknik untuk menyimpan duit dengan jayanya.

1. Simpan dalam akaun bank berlainan dengan akaun bank gaji. Simpan kad bank tersebut dalam laci atau dalam bag dokumen. Jangan sesekali mengatal nak pergi 'cucuk' waktu poket kering. Simpan dalam amaun yang tetap. Simpan dahulu barulah digunakan untuk perbelanjaan lain.

2. Simpan syiling dalam bekas atau balang. Bila dah penuh tukar di kedai runcit berdekatan. Boleh juga pergi ke bank untuk deposit ke akaun simpanan tadi. (Maybank setakat ni tiada masalah).

3. Katakan tidak pada hiburan berbayar seperti Astro, panggung wayang, karaoke dan sebagainya.

4. Beli barang keperluan sahaja. Jangan ngada-ngada beli barang2 mengarut.

5. Bonus atau kenaikan gaji setiap tahun tidak harus dibelanjakan kesemuanya. Sekurang2nya 50% harus disimpan. Simpan dahulu baru belanja.

6. Kurangkan makan di luar atau di kedai makan yang mahal. Masak sendiri lebih sihat dan jimat. Berpuasa lebih baik dapat menjimatkan duit.

7. Jangan mengunakan kad kredit jika tidak perlu. Penggunaan kad kredit lebih berisiko kerana kebiasaan anda sukar untuk mengawal perbelanjaan anda.

8. Rancang perjalanan untuk pulang ke kampung atau bercuti. Andaikan anda memperuntukkan RM 500 untuk pulang ke kampung, baki daripada peruntukan tersebut hendaklah di simpan.

9. Jimatkan penggunaan utiliti seperti elektrik, air dan bil telefon anda.

10. Simpanan perlu konsistan dari segi tarikh dan jumlah. Cuba sekali sekala untuk meningkatkan simpanan waktu anda mampu.

Selamat menabung dan menyimpan duit. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang nie adalah satu kemestian untuk kita menyimpan duit. Kata sifu Abg Lori ' cash is king'.

Thursday, 23 July 2015

KL's First Street Race 2015

Salam Aidilfitri 2015. Dah 7 hari beraya. Sekarang masa memulakan kerja mencari sesuap nasi di ibu kota.

Kerja-kerja memasang tembok batu dan gerigi besi di sekitar jalan P.Ramlee dan Jalan Ampang. Pada awalnya tertanya2 jugak untuk apa.

Owh. Depa nak buat Street Race. Kira litar lumba dalam bandar la ni.

Dijadualkan berlangsung pada 7 - 9 Ogos 2015. Laluan alternatif tidak dinyatakan lagi.

Sunday, 12 July 2015

Zakat Emas & Perak

Maksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan.
Nisab Emas & Perak.

Emas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram.

Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga / 595 gram.

Pengiraan

Emas dan Perak yang disimpan / tidak dipakai
Iaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.

Contoh pengiraan

Jika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah :
RM5,000.00 X 2.5% = RM 125.00

Emas yang dipakai

Emas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.

Kadar pemakaian yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram bagi emas.

Bagi perak tiada had maksima ditetapkan

Tuesday, 16 June 2015

Tasik Shamelin Perdana

Angin menderu menerjah pipiku. Sebungkus nasi kandak yang telah kubungkus berserta nescafe ais yang nyaman. Hidangan tengahhari terakhir bulan Jun 2015 ini. Esok puasa wey.

Begitu santai sambil menghirup udara segar dan pesona air pancut di pinggir tasik.

Ini bukan mengular tapi terpaksa rehat sebab penghantaran seterusnya di KLCC hanya boleh dibuat selepas jam 2.30 petang.

Satu lagi yang menarik di sini turut tempat memancing dan ada pertandingan memancing. Ini memang favorite kaki pancing.

Kalau rasa stress meh la bertandang ke sini.

#barukautau

P/s:
Tuan Rafizi Ramli aka Adun Pandan, cantik kawasan ini.