Showing posts with label dari dapur. Show all posts
Showing posts with label dari dapur. Show all posts

Saturday, 13 December 2014

Pizza apa nie

Plan nak masak ayam panggang. Dah siap standby oven, tiba2 berubah fikiran plak nak buat pizza.

100gram tepung dapat 2 biji mini pizza. Bila pizza dah abis wife Abg Lori minta buatkan seperti dalam gambar. Simple and delicious.

#pizzahut #dominopizza #pizzamodestos

Thursday, 21 August 2014

Resepi Nasi Goreng Modern

Kali ini Abg Lori nak kongsi resepi nasi goreng yang mudah tapi memberikan rasa yg enak.

Bahan-bahan (utk 2 org)
2 pinggan nasi putih.
Telur 1 biji.
Minyak masak 1 senduk utk menumis.

Bumbu.
- 1 biji bawang merah besar.
- 3 biji bawang putih.
- 4 tangkai cili kering / 2 sudu cili giling.
- secubit ikan bilis.
* blend semua bahan dengan sedikit air.

Isi.
- Lobak merah dipotong dadu.
- sebelah dada ayam dipotong nipis2.
- 1 sudu kicap biasa
- sedikit serbuk pati ayam
* untuk isi, gaul sebati ayam, kicap dan serbuk pati ayam. Goreng dgn sedikit minyak sampai nampak kekuningan. ulangi untuk lobak merah hingga sedikit layu.

Guna kuali baru. Masukkan 1 senduk minyak dan tumis bumbu hingga nampak sedikit garing. masukkan telur. kacau sampai sebati.

Masukkan nasi dan kacau sampai rata. Kemudian masukkan isi yg telah siap digoreng.

Selamat mencuba.


Tuesday, 10 June 2014

Food Machine : Pemanggang

Hebat tak hebat pemanggang ni. Walaupun menggunakan elektrik hasilnya panggangannya seperti dibakar dengan kayu. Tanya punya tanya, staff restoran ni bagi tau yang pemanggang ni akan dimasukkan kayu semasa proses memanggang supaya asap daripada kayu yang terbakar akan menyerap ke dalam makanan yang dipanggang.



Biasanya hasil daripada proses ini dipanggil 'smoke' seperti 'smoke salmon slice', 'smoke brisket' dan 'smoke chicken breast'.

Mesin ini membolehkan restoran membuat produk 'smoke' sendiri selain menggunakan produk 'smoke' sedia ada di pasaran.

Wednesday, 4 June 2014

Simply Delicious Sarapan Pagi

Assalamualaikum WBT. Selamat pagi semua. Subuh pagi tadi isteri Abg Lori menerima panggilan daripada rakan sepejabatnya. 

"Abang, ayang kene gerak awal skit, tak sempat nak masak sarapan.". Semalam, isteri Abg Lori ada bagi tau pasal launching Pasaraya Syed di Sungai Buloh. Pasaraya tu milik bumiputera, orang Perak.  

Ermm...dalam kepala Abg Lori dok fikir, sarapan apa nak dimasaknye. Buka sahaja peti sejuk, mata Abg Lori tetap memandang Turkey Bacon dan Roti Canai Segera. 

Zasssss....terpancul idea nak buat wrap dish ala-ala Tasty Wrap kat Harisson Mall tu... 






Monday, 25 November 2013

Cara-cara membuat sos lada hitam (untuk steak/chicken & lamb chop)


Bahan-bahan:
1. 3 sudu Lada hitam siap potong (biasa kat pasaraya besar ada).
2. 1 cawan Krim masakan
3. 3 sudu bawang goreng
4. 2 cawan air
Sedikit mentega dan garam.

Cara-caranya.
Panaskan kuali/periuk. Carikan mentega. Masukkan lada hitam.Kacau sebentar. Gunakan api kecil. Kemudian masukkan bawang goreng, krim masakan. Kacau lagi sampai keluar buih.

Kemudian masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan garam secukupnya. Ok siap

Saturday, 2 February 2013

membuat adunan tempura sendiri

Post kali ini Abg Lori nak share cara untuk membuat adunan tempura sendiri. Huhuhu. Rasa-rasanya dah boleh masuk rancangan Master Chef :p. Ni simple recipe dari Abg Lori.

Ok. Bahan-bahannya.

1. 3/4 cawan tepung gandum.
2. 1/4 cawan tepung jagung.
3. 1 1/4 cawan air sejuk. (gunakan air sejuk dari peti sejuk).
4. 1 biji telur Gred A.
5. Secubit garam
6. Secubit lada sulah.



Masukkan air dalam mangkuk besar. Masukkan telur dan kacau hingga sebati. Masukkan tepung jagung, tepung gandum, garam dan lada sulah. Kacau hingga sebati.

Ok dah siap adunan tempura dan boleh goreng ayam, sotong, udang dan sayuran. Untuk mengoreng Abg Lori cadangkan minyak bunga matahari (sunflower oil). Barulah terasa umph!!!!!.

Tuesday, 29 January 2013

Menu Dory Fish Berempah


Pada episod lepas Abg Lori ada cerita pasal Dory Fish atau ikan patin. So pada post kali ini Abg Lori nak share plak menu Dory yang simple dan terbaek (pinjam trademark Boboboi)

Bahan-bahan (untuk diperap bersama Dory Fillet)

400 gram Dory fillet ( 2 keping potong 2-3 inci)
1 sudu kecil serbuk kari ikan.
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil paprika
2 biji bawang putih (ditumbuk/dikisar halus)

5ml minyak jagung untuk mengoreng. (boleh guna minyak masak biasa, tapi aroma dari minyak jagung lebih manis dan sedap untuk Dory).

Gaulkan ke semua bahan-bahan perap tadi bersama Dory fillet hingga sebati dan biarkan 2-3 jam sebelum goreng. Goreng Dory fillet dengan minyak jugung tadi sehingga kekuning-kuningan.

Bahan-bahan untuk sos
10 ml minyak jagung
5 biji cendawan butang segar. (putih/ kelabu)
1 cawan cream masakan (cooking cream).
2 biji bawang putih di cencang kasar
3 biji buah zaitun (slice black olive)
1/2 biji bawang Holland
1 sudu tepung jagung (untuk memekatkan sos, gaul dan sebatikan dengan cooking cream)
1 sudu kecil daun basil (boleh guna yang kering atau segar)
Sedikit lada hitam kisar, garam dan gula.

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dahulu sehingga naik bau, kemudian masukkan bawang holland. Jangan tumis terlalu lama. Masukkan buah zaitun, cendawan butang gaulkan dengan tumisan tadi kemudian masukkan cream masakan. Gaul hingga terbit buih-buih, kemudian masukkan daun basil, garam, gula dan lada hitam. Gaul seketika. Dah siap.

Dory yang sudah siap digoreng tadi letak dalam pinggan dan curahkan sos ke atasnya.


Sekian. Selamat mencuba.






Sunday, 27 January 2013

Dory Fish Dory Fillet

Kali ini Abg Lori nak story sikit pasal ikan. Ikan bukan sebarangan ikan, ikan ini cukup glamour dengan nama " Dory" atau "cream dory fish". Kalau makan di restoran-restoran kita boleh lihat menu "Dory". 

Nama saintifik: Pangasius Hypophthalmus.

Rasanya lemak sehingga menjilat jari. Tapi yang penting ianya daripada spesis air tawar. 

Sebenarnya kita biasa lihat ikan ini, biasa dengar nama ikan ini kerana kita selalu memanggilnya dengan nama ikan patin.




the next episod >> menu cream dory

Sunday, 16 September 2012

Menu Lunch 17 Sept 2012

Aha...kali ni bertuah korang dapat tgk apa yang AbgLori masak. Simple menu jer.

1. Ikan Pari masak Asam Podas

2. Brokoli dan Cendawan Tiram ala-ala stew.


3. Ayam Goreng Shah Alam style


4. Telur dadar.



Hehe ...ni perut tengah menyanyi ni...perghhhh..bau memukau hidung AbgLori....