Showing posts with label hari persekolahan. Show all posts
Showing posts with label hari persekolahan. Show all posts

Monday, 12 January 2015

Tips Hari Pertama Persekolahan

Assalamualaikum wbt.

Entry kali nie Abg Lori nak cerita pula pasal hari pertama persekolahan. Sesi persekolahan 2015 yang sepatutnya bermula 5 Januari lalu dipinda kepada 12 Januari disebabkan masalah banjir yang melanda Malaysia.

Tips paling penting ialah tidak kelam-kabut. Persediaan sebelum kembali ke sekolah mestilah diselesaikan. Keluar macam hari-hari persekolahan biasa. Berpakaian lengkap seperti persekolahan biasa. Bawa bag berisi sebuah buku tulis dan pensel.

Ini pula cerita Abg Lori pagi tadi.

Pagi tadi Abg Lori menghantar anak ke sekolah untuk hari pertama persekolahannya. Sesi pagi sesi sekolah Kafa. Tiada pendaftaran dibuat di tapak perhimpunan mahupun di dewan. Taklimat ada diberikan. Setelah lihat papan kenyataan yang memberitahu anak Abg Lori duduknya di kelas 2 Ma'wa.

Pendaftaran untuk murid tahun dua dan ke atas boleh dibuat di dalam kelas. Boleh berurusan terus dengan guru sekolah. Mudah rupanya.

Abg Lori hanya berjumpa dengan guru kelasnya cuma maklumkan akan buat pembayaran keesokan harinya walaupun Abg Lori dah standby datang lewat ke tempat kerja. Terlalu ramai ibu bapa yang nak buat pendaftaran pada pagi tadi.

Tips Persediaan Kembali ke Sekolah

Assalamualkum wbt.

Walaupun hari ini adalah hari pertama persekolahan tahun 2015 bagi negeri Selangor saja Abg Lori nak kongsikan sedikit tips.

Tips Persediaan Kembali ke Sekolah ini merupakan pengalaman Abg Lori sendiri almaklumlah anak masuk darjah dua.

Untuk pengetahuan semua anak Abg Lori bersekolah 2 sesi. Sesi pagi di Kafa dan sesi petang di sekolah kebangsaan.

A. Keperluan kelengkapan diri.

1. Baju sekolah 6 pasang. ( 3 pagi 3 petang)
2. Kasut sekolah siap berkapur & stokin 3 pasang.
3. 1 tali leher.
4. 1 songkok hitam (kafa).
5. 1 Seluar sukan hitam.

* baju sekolah siap dijahit lencana dan nama. Abg Lori hanya beli sepasang baju baru untuk sesi pagi dan petang.
* baju dan seluar siap2 digosok.
* lencana boleh beli di koperasi sekolah.

B. keperluan Alat tulis.
1. 2 Bag sekolah
2. Pensil dan setnya.
3. Buku teks yang siap dibalut.
4. Buku tulis & buku latihan ( beli awal di koperasi sekolah)
5. Kertas lukisan dan pensel warna.

* Koperasi sekolah dibuka semasa cuti sekolah tak silap Abg Lori 2 minggu sebelum sesi persekolahan bermula.