Showing posts with label panorama. Show all posts
Showing posts with label panorama. Show all posts

Tuesday, 16 December 2014

Indahnya pemandangan di KLCC

Hari nie tak banyak tempat nak hantar. Sambil2 bawak lori sambil2 snap gambar. Dah lama x lalu jalan Yap Kwan Seng on the nak ke Hotel Rennaisance. Sempat Abg Lori snap satu gambar mercu tanda Kuala Lumpur, Menara Berkembar KLCC.


#klcc #kualalumpur

Wednesday, 19 September 2012

Highway DUKE

Lebuhraya DUKE (Duta-Ulu Kelang Expressway) menghubungkan Jalan Duta di barat ke Ampang di timur, dan ke Lebuhraya Karak di utara. DUKE melengkapkan Jalan Lingkaran Perantara (Intermediate Ring Road) Kuala Lumpur, apabila menghubungkan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), SPRINT (di Penchala Link) dan simpang Ulu Kelang di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II), bagi membolehkan pengguna kenderaan bergerak dari satu hujung ke satu hujung dalam tempoh 9 minit sahaja. 


Hari ini AbgLori menggunakan Lebuhraya DUKE untuk menjimatkan masa penghantaran. Selepas mengambil barang di Euro Atlantic di Taman Pinggiran Ukay, dan trip penghantaran seterusnya adalah di Publika, Solaris Dutamas. Tanpa membuang masa AbgLori menggunakan hikmat Gaban Z dan terus memecut di Lebuhraya Duke.

Daripada MRR2 arah Ampang






 Kadar tol Lebuhraya DUKE
Kelas 1CarRM 2.00
Kelas 2Lorry 2 axlesRM 3.00
Kelas 3Lorry 3 axlesRM 4.00
Kelas 4TaxiRM 1.00
Kelas 5BusRM 1.30




Dulu mula-mula AbgLori guna jalan ni, pernah termasuk ke simpang Lebuhraya PLUS. Merana nak pusing balik ke area ni.

Istana Negara di atas bukit nu.


Masjid Wilayah Persekutuan

Sudah sampai di Publika, Solaris Dutamas. Perjalanan amik masa kira-kira 12 minit sahaja. 



Comel Siut...

Perh memang comel gila lori ni. Pic ni AbgLori snap kat Esso MRR2.



Mungkin lori ni dari Zoo Negara agaknya. AbgLori snap jer tanpa kebenaran drivernye.

Tuesday, 18 September 2012

Kalau tuan bijak bistari...

Kalau tuan bijak bistari, apakah nama makhluk ini?






 Makhluk ini AbgLori snap ketika nak hantar barang ke KL Tower.

Alangkah Bahagianya Kalau...

Alangkah bahagianya kalau jalan kat KL ari-ari cam picture kat bawah ni. Akibat boring tahap cipanzi, AbgLori pun rajin-rajin la snap picture on the way balik ke office.

 Susur turun daripada Lebuhraya Mahameru ke Bangsar

 Jalan Bangsar ke persimpangan Lembah Pantai. (stesen LRT Abdullah Hukum)

 Pemandangan Pintu Gerbang Angkasa Puri.

 Flyover persimpangan Kampung Pasir/Flat Sri Angkasa.

Persimpangan Bandar Sunway/Kuchai Lama (New Pantai Expressway - NPE)


 Plaza Tol PJS2 New Pantai Expressway - NPE

 Kilang todi Guinness Anchor Berhad ntah sapa punya.

 Federal Highway ke Jambatan Kabel LDP

Gambar-gambar di atas diambil sekitar jam 4.30 - 5 petang. Perjalanan dari Taman Tasik Perdana ke Bandar Sunway hanya mengambil masa kira-kira 15 minit pada kadar kelajuan lori. :P