Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Saturday, 31 May 2014

Senarai Parlimen dan Dun Negeri Perak 2014

Terbaharu : P076: Teluk Intan- Datuk Mah Siew Keong (pilihanraya kecil May 2014)

Berikut adalah senarai Parlimen dan Dun Negeri Perak yang terkini.

P054: Grik- Datuk Hasbullah Osman
N01: Pengkalan Hulu- Aznel Ibrahim
N02: Temengor- Salbiah Mohamed
P055: Lenggong- Datuk Shamsul Anuar Nasarah
N03: Kenering- Datuk Mohd Tarmizi Idris
N04: Kota Tampan- Datuk Saarani Mohamad
P056: Larut- Datuk Hamzah Zainuddin

Keputusan Pilihanraya Kecil Teluk Intan 31 May 2014


TELUK INTAN: Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan selepas calonnya, Datuk Mah Siew Keong menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu dengan majoriti 238 undi.



Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Teluk Intan di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib.

Mah Siew Keong yang juga bekas Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal pada Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10) dan PRU-11 memperoleh 20,157 undi berbanding calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang mendapat 19,919 undi.



Terdapat 543 undi rosak.



Sunday, 16 September 2012

Bila borak pasal politik

Hahaha...eh maaf AbgLori tergelak besar la plak. Ni bila kita tengok telatah orang yang macam ahli politik yang fanatik dengan fahaman dan aliran politiknya.

Buat AbgLori, ahli-ahli politik di Malaysia ni lebih kurang sama sahaja. Tidak ramai lagi YB yang membawa erti 'Yang Berkhidmat' sebaliknya ramai YB 'Yang Berniaga'. Terlalu banyak skandal yang kita dengar dan kita boleh lihat dan nampak dengan mata kita sendiri. Untuk PRU akan datang, kita sebagai pemilih undi haruslah berfikir dahulu.

Beberapa tips dan pendapat yang AbgLori ingin kongsikan untuk pemilih undi;

1. Jika calon berlainan agama dengan kita, maka pilihlah yang seagama dengan kita.
2. Jika calon sama agama, maka pilihlah karakter dan sifatnya.

Politik itu umpama kain, maka manusia jua lah yang mecorakkan dan mem'fesyen'kannya.