Tuesday, 10 June 2014

Resepi : Macammana nak buat agar-agar lapis yang lembut, cantik dan sedap.


Asalamualaikum wbt. Suka Abg Lori nak share cara nak buat agar agar-agar santan yang lembut dan cantik. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Agar-agar 50 gram.
2. Air masak 800 ml.
3. Gula 10 sudu makan. 
4. Kelapa parut 1 biji.
5. Daun pandan 2 helai.
6. Sirap pandan 1 sudu makan.
7. Telur 1 biji.

Peralatan diperlukan:
1. Periuk masak dan senduk.
2. Blender.
3. Penapis santan.

Cara-caranya. 

Masukkan air dan agar-agar, masak hingga mendidih. Setelah agar-agar larut, masukkan gula dan sirap.

Masukkan kelapa parut, daun pandan dan telur ke dalam blender. masukkan sedikit air. Blend. Kemudian peras santan guna penapis.

Akhir sekali masukkan santan yg telah ditapis tadi. Masak kira-kira 10 minit guna api sederhana. Sedia untuk dibekukan. 

Selamat mencuba.

Food Machine : Pemanggang

Hebat tak hebat pemanggang ni. Walaupun menggunakan elektrik hasilnya panggangannya seperti dibakar dengan kayu. Tanya punya tanya, staff restoran ni bagi tau yang pemanggang ni akan dimasukkan kayu semasa proses memanggang supaya asap daripada kayu yang terbakar akan menyerap ke dalam makanan yang dipanggang.



Biasanya hasil daripada proses ini dipanggil 'smoke' seperti 'smoke salmon slice', 'smoke brisket' dan 'smoke chicken breast'.

Mesin ini membolehkan restoran membuat produk 'smoke' sendiri selain menggunakan produk 'smoke' sedia ada di pasaran.

Monday, 9 June 2014

Kerjaya sebagai pemandu lori

"Aik bro. Jauh benar lari bidang." Biasa Abg Lori dengar daripada kawan-kawan lama bila dapat berjumpa. Jumpa kawan-kawan ni untuk mengeratkan silahturrahim dan boleh bertukar-tukar fikiran.

Kami sembang kedai kopi jer. Tapi ada juga manafaat sebab kami turut bincang isu agama, keluarga dan ekonomi.

Sedikit pengalaman Abg Lori mengenai kerjaya pemandu lori ni.

* Kerja sebagai pemandu lori lebih penat daripada seorang despatch. Pemandu lori perlu mengangkat beban lebih berat daripada bungkusan despatch.

* Kerja sebagai pemandu lori lebih banyak bergerak daripada pemandu kapal terbang.

* Gaji seorang pemandu lori lebih besar daripada kelindan lori.

* Jarak meter yang dilakukan oleh seorang pemandu lori kebanyakannya lebih panjang dari jarak yang diukur oleh juruukur bangunan atau tanah.

* Kebanyakan pemandu lori bebas mengawal waktu rehat dan makan mereka.

* Kebanyakan pemandu lori melakukan senaman dengan mengangkat barang dagangan.

* Dan yg paling penting pemandu lori sering dihormati. Ini terbukti bila kereta-kereta memberi laluan bila lori bagi isyarat masuk.

Hahaha jangan marah yee

Cerita tentang Perniagaan MLM

Hajat untuk beriadah malam tadi terbatal, apabila ada kawan lama telefon Abg Lori.

"Takpe bro, insyaallah jam 10 kita jumpa". Tunggu punya tunggu jam 11 baru kawan ni muncul bersama 'girlfriend'nye.

Terus menuju ke kedai mamak berhampiran. " Apa cerita", Abg Lori minta kawan ni mulakan cerita.

Pung pang pung pang, dia buka cerita. Dari mula Abg Lori dah boleh tangkap, ni mesti MLM. Memang MLM lambang angsa laut.

Ni Abg Lori petik daripada laman face book.

Pada dasarnya MLM bukan la perniagaan tp ialah lebih kepada operasi perniagaan....... apakah pengertian perniagaan.... perniagaan boleh ditafsirkan seperti ini... sebuah organisasi yang melibatkan produk atau servis untuk disampaikan kepada pengguna... bila kita kata organisasi maknanya mesti melibatkan beberapa pihak atau individu yang attach dengan organisasi tersebut.. 

selalunya bila organisasi melibatkan produk atau servis mempunyai beberapa department penting untuk memajukan organisasi tersebut iaitu administration production logistic dan marketing...

so MLM ini berada di bawah department marketing bermakna orang2 yang terlibat dalam MLM ialah orang yang bekerja untuk organisasi tersebut dan dibayar mengikut result dari segi jualan product.

Mari kita kaji apakah makna marketing dan juga jualan. 

Marketing ialah cara bagai mana idea product atau servis ini disampaikan kepada pemikiran pengguna.

Jualan pula ialah penyerahan hak milik sesuatu produk untuk mendapatkan return dan selalunya ia adalah wang.

Ramai yg berada didalam industry ini menganggap ianya adalah perniagaan mereka sendiri kerana mereka tidak perlu menjadi seperti pekerja yang dibayar mengikut masa mereka bekerja. masa adalah fleksibel dan boleh dilakukan di mana2 sahaja.

ini adalah salah faham bukan dikalangan orang yg terlibat dalam industry ni tapi orang yang anti dengan industry ni pon tersalah faham apa sebenarnya yang berlaku dalam industry MLM ini.

golongan yang aktif dalam MLM sebenarnya golongan pekerja yang mempunyai mentaliti ahli perniagaan, 

mari kita kaji apa kah perbezaan diantara ahli perniagaan(BM) dan juga pemilik perniagaan ( BO )

BM - tiada saya bisnes ni akan terus bergerak
BO - tiada saya bisnes tak boleh jalan.

BM - diberikan latihan dan tunjuk ajar bimbingan mentoring and coaching formal n informal.
BO - tiada latihan dan tunjuk ajar secara formal tp boleh belajar dari pengalaman sendiri atau orang lain.

BM - Company bayar sy sbb result yg sy lakukan
BO - sy bayar diri saya dengan apa yg sy lakukan pada company sy.

Status halal dan haram sesebuah company MLM sama mcm status halal haram company bukan MLM. Ia mestilah bersandarkan pada rukun jual beli dalam Muamalah islam.

Kalau salah satu dari rukun jual beli ni takde maka bisnes tu tidak sah.

Rukun jual beli 
1) penjual dan pembeli
2) barang
3) harga
4) ijab dan qabul

Pada Abg Lori berbusiness dengan produk MLM tak salah selagi menepati syarak dan harga berpatutan. Abg Lori sekarang pun bergerak aktif dalam bidang ini. As a side income la katakan.

Sunday, 8 June 2014

Persoalan: Kenapa Melayu Mundur.

Asalammualaikum wbt. Salam pagi Isnin yang berbahagia. "Takkan Melayu hilang di dunia", pepatah yang diungkap oleh Hang Tuah untuk mengingatkan bangsa Melayu.

Persoalan kenapa Melayu mundur dari segi ekonomi dan tamadunnya.

Jawapan yang diberikan oleh penceramah di Surau Ar-Rayyan amat tepat. Melayu secara umumnya majoriti beragama Islam. Hang Tuah juga beragama Islam walaupun asal keturunannya masih menjadi persoalan. Kerajaan Melayu Melaka pada masa itu juga adalah kerajaan Islam. Ini dibuktikan dengan wujudnya Undang-undang Kanun Melaka.

Kemunduran Melayu adalah disebabkan solat atau sembahyang pada istilah tempatan. Islam adalah agama yang shyumul. Islam menitikberatkan ibadah solat sebagai tiang agama. Solat adalah penyerahan jasad dan rohani kepada penciptanya, RabbulJalil.

"Sesungguhnya solat itu dapat menghalang daripada melakukan perkara maksiat". Ramai yang tidak bersolat daripada yang bersolat. Ramai yang bersolat tetapi lalai di dalam solat. Ada yang solat untuk menunjukkan dirinya menyembah kepada tuhan, tetapi hakikatnya dusta. Ramai yang bersolat tetapi hanya baca 'skrip'. Langsung tidak memahami apa yang diucapkannya apatah lagi menitiskan air mata menyesali perbuatan lampau yg penuh dosa.

Azan dan iqamah telah mengajak kita menuju kejayaan sama ada di dunia dan di akhirat. "Marilah menuju kejayaan". Tapi ramai di antara kita buat tak tahu bila kedengaran azan. Sebelumnya diseru dengan "Marilah mengerjakan Solat". Secara tersiratnya solat itu adalah kunci kejayaan. Di sekolah kita "Ilmu tangga Kejayaan", tapi sedarkah kita kejayaan juga perlukan kunci kerana kejayaan itu adalah rahsia Allah SWT.

Kegagalan umat Islam dalam menunaikan solat adalah permulaan kepada kemunduran Islam itu sendiri.




Isu Panas: Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014

Rang undang-undang perumahan kontroversi negeri Johor akan dipinda untuk mengubah keputusan awal dengan memberi kuasa penuh kepada Sultan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

 Khaled berkata, peruntukan tersebut akan dimasukkan dalam Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014 di mana Sultan akan membuat keputusan atas nasihat menteri besar, lapor The Star Online.

Laporan awal mendedahkan ia akan memberi kuasa penuh kepada Sultan untuk melantik ahli lembaga pengarah LPHJ, memantau akaunnya dan juga membubarkan lembaga itu. Malah turut difahamkan, Sultan Johor juga boleh menentukan ganjaran ahli lembaga pengarah, meluluskan pelantikan pengarah dan meluluskan anggaran belanja setiap tahun berikut sebelum mendapatkan kelulusan kerajaan negeri terlebih dahulu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membidas campur tangan Istana Johor dalam pentadbiran kerajaan negeri dengan menyifatkannya mencemar sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi amalan negara sejak merdeka.

Pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari tidak menolak konflik akan wujud antara istana dan kerajaan sekiranya diberikan kuasa langsung dalam pentadbiran.‎

Aziz berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan kuasa yang diperuntukan dalam DUN berkurangan, sekaligus menganggu pentadbiran negeri Johor jika ia diteruskan.

Kritikan turut disuarakan oleh bekas Pengerusi Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang mendakwa Khaled akan terpaksa mengikut telunjuk Istana Johor jika rang undang-undang itu diluluskan.

Hasrat kerajaan negeri itu menimbulkan tanda tanya dan mendapat pelbagai reaksi termasuk tentangan sesetengah pihak.

121 Jemaah Umrah Malaysia terkandas di Madinah dibawa pulang

Hai, apa nak jadi dengan dunia sekarang. Bagaimana sebuah syarikat yang menguruskan jemaah umrah ke tanah suci boleh meninggalkan jemaahnya. Hakikatnya terdapat unsur-unsur penipuan atau urusniaga yang tidak jelas. Inilah jadinya sekiranya ingin mengaut keuntungan atas nama agama.

Berita ini dipetik daripada Astro Awani.

GEORGE TOWN: Sejumlah 121 jemaah Malaysia yang terkandas di Madinah sejak tujuh hari lepas setelah menunaikan umrah akan dibawa pulang menerusi penerbangan dari Jeddah malam esok dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin ini.Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata selepas mendapat maklumat lengkap pihaknya dengan kerjasama Konsulat Jeneral di Makkah telah menguruskan pembelian tiket penerbangan semua jemaah yang terkandas itu menerusi syarikat penerbangan Flynas.

Beliau berkata biro itu mendapat maklumat daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Makkah memaklumkan 268 jemaah dari Malaysia yang menunaikan umrah pada 21 Mei menerusi sebuah agensi pelancongan tempatan dan sepatutnya pulang 1 Jun lepas terkandas.

"Bagaimanapun sehingga semalam, masih terdapat 121 orang yang kebanyakannya dari Perak dan Pulau Pinang masih terkandas, 10 orang telah pulang pada 4 Jun lepas, manakala 137 orang berlepas dari Jeddah semalam dan tiba di KLIA2 pukul 10 pagi tadi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati agensi yang membawa jemaah berkenaan dengan menawarkan pakej umrah berharga RM3,999 hanya membeli tiket penerbangan pergi tanpa menempah tiket untuk penerbangan pulang.

Beliau telah menghubungi wakil syarikat dan pejabat agensi pelancongan berkenaan bagaimanapun tidak berjawab.

"Agensi yang berpejabat di Perak itu tidak menempah tiket pulang dan wakilnya yang bersama jemaah di Makkah telah pulang lebih awal serta meninggalkan mereka di sana tanpa sebarang maklumat.

"Saya juga difahamkan ada jemaah yang terkandas itu sakit, ada yang dibuang kerja kerana telah tujuh hari mereka tidak balik, ini satu perkara yang menyedihkan," katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji menasihati orang ramai yang ingin menunaikan umrah supaya menyemak terlebih dahulu agensi pelancongan sama ada ia berdaftar dengan Tabung Haji atau tidak.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan agensi yang menawarkan pakej murah yang harganya di bawah RM4,000.