Demam cengkering atau selalu disebut chikenpox adalah sejenis demam yang akan menyebabkan terjadinya gelembung2 air di luar kulit. Demam ini disebabkan oleh virus varicella zoster.
Abglori rasa ramai yang dah tau macam mana penderitaan demam cengkering ini. Tapi faham2 aja la budak berumur 2 tahun 5 bulan yg menanggungnya.
Demam ini boleh merebak kepada orang sekelilingnya, terutamanya kanak2. Memang terbukti berjangkit kerana sampai hari ini dah 10 orang di nursery yg sana terkena demam cengkering.
Symptom atau tanda2 awal yg abglori dapat kesan ialah anak tu kurang selera makan, macam demam biasa. Hari kedua mula nampak ada ruam2 merah pada seluruh badan (macam tanda demam campak). Hari kedua petang muka dan badan nampak merah dan demam sekejap aja turun, lepas 4 jam makan ubat, demam start balik dan keluar biji2 gelembung air. Hari ketiga lagi banyak yg keluar.
Langkah2 pada hari pertama abglori cuma bagi ubat demam. Bila hari kedua masih tak kebah abglori cuba kaedah orang2 kampung, guna air kelapa muda + garam bukit.
Nampaknya memang dah upgrade virus ni, masih juga tak mau keluar. Tadi petang abglori cuba cari daun mambu. Memang favorite nama daun ni tapi tak semudah ABC nak dapatkannya.
Kebetulan ada seorang pesara cikgu sedang membersihkan halaman rumah. Abglori cuba la tanya, nampak macam berpengalaman. Bila sebut je daun mambu dia terus cakap mesti untuk rawat chickenpox. Dia tanya dah berapa hari demam dan macam mana keadaan anak. Dia suruh abglori pergi segera dapatkan daun bambu. Dia kata nanti balik pergi cari kunyit hidup dan bedak sejuk. Tumbuk kunyit dan daun bambu sampai lumat dan tambahkan dengan bedak sejuk, lepas itu sapu ke seluruh tubuh anak.
Daun bambu selebihnya buat 'tilam' untuk anak tersebut
No comments:
Post a Comment