Tersebutlah kisah....
Malcom seorang Drakula, setiap malam akan mencari mangsa untuk menghisap darah.
Satu hari sedang dia menghendap mangsanya, dia dapat merasakan sesuatu kelainan. Iya perasaan jatuh cinta. Mana tak nya, mangsanya kali ini bernama Emma secantik Emma Maembong. Setiap pagi Emma akan menyemburkan wangian Paco Rabanne.
Malcom gelisah untuk menjadikan Emma mangsanya. Lalu dia mencari mangsa yg lain.
Hari demi hari dia bertekad untuk mendapatkan Emma sebagai teman hidupnya.
Malcom tau kalau Emma mengetahui dia seorang Drakula pasti Emma akan menolak.
Malcom berjumpa dengan ketuanya iaitu Josh yang mukanya mirip mirip Josh Gorban yang popular dengan lagu You Raise Me Up.
Malcom menyuarakan hasrat hatinya. Bolehkah dia menjadi manusia biasa untuk mengahwini Emma pujaan hati. Josh berkata ada cara tetapi dengan bersyarat. Syaratnya dengan meminum satu air yang telah dijampi dan berpantang minghisap darah sama ada manusia ataupun haiwan. Disebabkan cinta yg terlalu mendalam maka Malcom pun bersetuju.
Bila malam menjelma nafsu Malcom membuak-buak. Dia rindukan darah. Dia teringin hisap darah. Kerana tak tertahan lagi Malcom segera mencari mangsa. 'Ahhh puas' bisik hati Malcom.
Tiba-tiba dia terasa sesuatu yg perasaan yang aneh seperti dirinya pudar seakan-akan transparent. Ala-ala cerita Sumpahan Orang Minyak. Dia segera mendapatkan Josh. Menceritakan segalanya kepada Josh. Josh berkata disebabkan Malcom dah melanggar pantang maka Malcom akan mati.
'Tak ada cara yg lain ke tok.' Malcom masih berharap. Kerinduanya pada Emma memberikannya semangat.
'Ada tapi aku terpaksa menukarkan ko menjadi makhluk lain. Tapi ingat pantangnya tetap sama, jangan menghisap darah'.
Lantas Malcom bersetuju. Josh membaca mantera, dalam sekelip mata Malcom bertukar menjadi seekor nyamuk.
Segera Malcom pergi mendapatkan Emma. Emma baru sahaja lepas mandi. Bau badannya harum selepas mengenakan losyen mandian Secret Garden. Malcom segera menrapati Emma. 'Cis nyamuk, segera Emma menepuk kedua-dua belah tangan. 'Pap'. Rebah Malcom, nyawa-nyawa ikan.
Malcom menyeru ketuanya, ' tok tolonglah saya tok'. Josh yg terdengar seruan Malcom terus bergegas ke rumah Emma. Mendapatkan Malcom yg hampir-hampir mati.
Terkejut Emma bila melihat lelaki hensem tiba-tiba muncul di depan matanya. Josh cuba meredakan keadaan.
--- bersambung...
No comments:
Post a Comment