Thursday, 13 March 2014

Kuala Lumpur diselubungi jerebu

Kehilangan pesawat MAS MH370 menjadi topik perbualan hangat sehingga jam ini. Abg Lori baru saja pekena kopi dengan jiran tetangga. Macam-macam spekulasi dan andaian yang diutarakan. Nama pun sembang kedai kopi. Tak boleh nak kata siapa betul atau salah kerana pesawat belum ditemui lagi.

Kita beralih pulak kat masalah jerebu yang boleh dikatakan meruncing sejak seminggu dua nie. Semalam, dari pusat bandaraya Kuala Lumpur hingga ke Kepong, pemandangan seolah-olah dilitupi kabus putih. KLCC pun ala-ala jagung dalam semak jerebu.


Mengikut jabatan Meteorologi jerebu teruk adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka, kebakaran hutan gambut dan aktiviti perindustrian di Malaysia itu sendiri. Memang kebiasaannya pada bulan February hingga Mac Malaysia akan mengalami musim kemarau. Tapi pada tahun ini agak luar biasa kemaraunya.


Jadi sebagai seorang hamba Allah sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan kita berjaya mengharungi dugaan ini. Insyaallah kedatangan hujan yang penuh rahmat akan memberi kita lebih nikmat.



No comments:

Post a Comment