Hari Isnin yang berbahagia, cuaca pada awal pagi cerah dan segar. Keadaan jerebu berkurangan. Matahari memancar terik pada tengahari. Kelihatan awan kolumus seperti dereten armada perang berarak ke barat.
Sangkaan hujan turun menjadi kenyataan. Hujan mula turun di Setapak lebih kurang jam 3 petang, boleh dikatagorikan sederhana lebat.
Sekitar jam 4 petang abg lori melalui MMRII menghala ke Kepong. Jalan berkabus disebabkan wap panas naik ke atas.
Ini laluan favorite ke Ara Damansara, melalui jalan lapangan terbang.
Last station abg lori nak pekene roti telur kat Aliff Maju, di Ara Damansara.
Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah tuhan alam semesta.
No comments:
Post a Comment