Tuesday 25 December 2012

Teki-teki dari seorang kawan

Perh..dah lama tak melepak di mamak Sungai Bonus Masjid India. Melepak bersama kawan-kawan lama sewaktu kerja di Kota Damansara. Memang terbaik teh tarik kat sini. Cap Jempol.

Asyik cerita pasal kerja, seorang kawan mencelah. Lie membuka teka-teki. Saja untuk mengamatkan pertemuan kali ini.

Lie: Kau cuba bagi aku nama nabi yang ada emak dan ada bapak?
Abg Lori: Nabi Muhamad S.A.W.

Lie: Ok. Cuba bagi aku nama nabi yang ada emak tak ada bapak?
Wan: Nabi Isa A.S.

Lie: Ok. Bagi tau aku nabi yang tak ada emak tak ada bapak?

Senyap semuanya.

Wan: Mana ada nabi takde emak takde bapak.
Lie: Mesti ada.

Hah..kalu korang pandai jawablah....




Sunday 23 December 2012

jobdirumah.com scam

Peringatan!!!!

Kepada semua pembaca. Program Data Entry Virtual ini adalah 'scam', dalam erti kata lain adalah penipu. Abg Lori berminat juga untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut selepas terbaca di ruangan iklan Harian Metro. Dengan segera Abg Lori meng'google'.



Ini daripada forum CG http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=340420


www.jobdirumah.com jangan percaya....kerja tipu orang

http://www.jobdirumah.com/index.php

ada sesiapa kat sini pernah dengar pasal ini scam....

dulu dia iklan kat carigold la...kat forum2...ramai yang kena tipu....

dulu dia amik rm 100 untuk bayaran ...

ada ka pekerjaan yang memerlukan anda membayar duit...???

dan sekarang....dia buat trick baru...RM 50 untuk video tutorial la...itu la..ini la...




tengok sendiri yerrrr....dulu ramai dah yang tertipu...

http://www.jobdirumah.com/index.php

http://www.jobdirumah.com/index.php


Abg Lori pun tak paham, ramai sangat penipu-penipu berotak geliga di dunia ini. Semoga mendapat balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat kelak.

So untuk semua, jangan mudah tertipu dengan kata-kata manis mereka. Jangan jadikan diri anda mangsa. Berfikir dan kaji selidik dahulu sebelum menyertai mana-mana skim atau program.