Monday 25 May 2015

Kaedah baru sembelih lembu

Kongsi apa yg Abg Lori baca dengan pembaca kesayangan blog abglori.blogspot.com.

Sumber daripada Harian Metro 26 May. Idea dan kreativiti untuk memudahkan sesuatu urusan amat digalakkan.

Tahniah buat orang Perlis. Dengan menggunakan kaedah ini dapat memudahkan lagi proses penyembelihan lembu lebih2 lagi semasa musim korban. Tahniah diucapkan sekali lagi.

Wednesday 20 May 2015

Serangan ulat bulu beluncas

Tolong !!!. Serangan demi serangan bermula daripada minggu lepas. Abg Lori hanya sedar bila jiran bagitau ada ulat masa dia nak petik pucuk ulam raja yg Abg Lori tanam kat pasu belakang rumah.

Ni tak boleh jadi. Kena repeat balik.

' Ko tunggu la hari Sabtu, siap aku kerjakan korang'.

#barukautau

Monday 11 May 2015

Apa itu throttle body dan cara mengesannya.

Apa itu throttle body. Apa kesannya kepada kereta kita. Macam mana nak buat kalau throttle body ada masalah.

Sedikit penjelasan Abg Lori nak kongsi kat sini. Semoga ilmu nie beri manfaat pada pembaca dan Abg Lori sendiri

Throtlle body adalah salah satu komponen air intake system kenderaan. Di dalamnya terdapat injap kupu-kupu yg mengawal banyak mana udara yg akan disedut masuk ke kebuk pembakaran.

Tanda-tanda throttle body kereta anda perlu diservis adalah kereta anda tidak mempunyai pick up, idle speed yang tidak tetap dan tiada kuasa untuk memotong. Tanda-tanda di atas mungkin juga berpunca daripada spark plug dan kabel plug.

Masalah throttle body boleh diselesaikan dengan kaedah cucian biasa (buka & cuci) atau melalui inovasi terbaru menggunakan kaedah flush.  Untuk kaedah flush boleh rujuk di halaman yg berikut.
http://www.oilyman.com.my/faq.htm