Saturday 29 November 2014

Ibu mertuaku pulang

Malam tadi ibu mertuaku menyatakan hasratnya untuk pulang ke Kelantan. Masa tu jam menunjukkan hampir 10.30 malam. Memang tak sempat nak carik ticket bas.

Takpelah kita pergi awal kat stesen bas seksyen 17 esok pagi. Abg Lori kata kat isteri ngan ibu mertua.

Pagi tadi sampai je kat stesen bas terus jengah me kaunter bas ekspress Mutiara. Adoi ticket habis. Maklumlah hari Ahad tambah lagi cuti sekolah.

Sebelahnye kaunter bas express Transnational. Masih ada. Bas bertolak jam 8.30 pagi. Bila start sesi akad jual beli punya lah longlainya reaksi mek yg jaga kaunter tu. Memang terasa kehampehannya.

Takpe lah mungkin bad mood awal pagi. Malas Abg Lori nak peduli. Berbeza dengan express Mutiara harga tiket sedikit mahal sebab ticket sampai Kota Bahru, sedangkan mertuaku turun di Machang. Harga ticket RM 47.

Bas sampai, ucap selamat tinggal dan kiriman salam. Tak lama kemudian bas bergerak meninggalkan stesen bas.

Dan2 masuk satu bas, memang baru masih kuat bau kedai. Bas express Perdana. Saja2 gatal usha kat kaunter Perdana masih ada kosong. Hahaha dah bukan rezeki ibu mertuaku naik bas baru.

Semoga selamat sampai dan perjalanan yang aman.

Pulak Dah; Harga petrol & diesel bermula 1 Disember 2014

Tengok dekat wasap ada satu image. Harga petrol Ron95 akan diturunkan sebanyak 4 sen, Ron97 akan diturunkan 9 sen. Manakala harga Diesel naik 3 sen.

Ini bermaksud harga Ron95 akan jadi RM 2.26, Ron97 akan jadi RM 2.46 dan diesel akan jadi RM 2.23.

Maksudnya akan ada lagi kenaikan harga barang secara logiknya.

Tapi kenapa Ron97 turun 9 sen, tidak Ron95 ?

Penjagaan Selepas Berkhatan

Walaupun putera sulung Abg Lori akan berkhatan minggu depan informasi dan tip2 penjagaan amat perlu.

Sebab Abg Lori dulu hampir 3 minggu baru sembuh akibat bentan makan ikan selar. Bukan selar uji rashid mata besar tu, tp yg warna mining hijau.

Antara tips yg diperolehi dan logik dipraktikkan;

1. Puasakan anak pada malam sebelum sunat. Maksudnya kurangkan sukatan menu kepada yg ringan. Begitu juga dengan sarapan. Jgn ambil yg bergula, madu tak apa.

2. Sediakan kain untuk digigit oleh anak semasa dibius.

3. Guna air paip untuk cuci luka. Jangan guna air gamat dan lain2.

4. Bagi makan ikan bersisik besar seperti siakap, merah, kurau, jenahak.

5. Elakkan makanan laut lain seperti udang, ketam, sotong, kerang dan sekelasnya.

6. Elakkan ayam, telur dan produk sekelasnya. Kalau dah kering baru boleh.

7. Elakkan makanan bergoreng, gunakan kaedah kukus, panggang dan rebus.

Itu sahaja buat masa nie.

Pasu bunga yang berbakti

Dulu plan beli pasu nak tanam bunga. Lama2 penat juga tengok bunga je. Masa kerja kat area Seremban ada pekerja syarikat yang tanam lada dalam pasu. Siap boleh jual kat kedai lagi.

Mula2 cuba semai biji cili kering. Ala cili kering yg jual kat pasar. Semai punya semai 10 pokok hidup. Bila 2 minggu Abg Lori pun pindahkan ke pasu bunga.

Bancuh tanah sedia ada dalam pasu, tambah sikit tanah bakar, tambah sikit tahi kambing pastu masuk balik dalam pasu.

Sebulan kemudian dah boleh rasa hasilnye. Tapi sayang, cili ni mungkin spesis Bangla atau Myanmar hahaha.

Friday 28 November 2014

Putera sulung bakal menjadi lelaki sejati.

Sudah bermula cuti sekolah akhir tahun 2014. Memang biasa majlis2 kenduri nikah dan berkhatan diadakan pada waktu begini.

Peluang ini Abg Lori berhajat untuk mengkhatankan putera sulung Abg Lori yang sudah mencecah usia 7 tahun.

Pagi tadi Abg Lori sudah buat tempahan dan pembayaran penuh di pejabat Masjid Al Falah, USJ 9 Subang Jaya. Caj bagi Majlis Khatan ini sebanyak RM 120.00 sahaja.

Majlis pada 6 Disember 2014 mula jam 8.00 pagi.