Thursday 16 October 2014

Bila hujan turun dengan lebat di lembah klang

Matahari memancarkan senyumannya di balik tirai awan. Kicauan burung murai menyambut keharmornian pagi Jumaat 17 Oct 2014.

Berbeza dengan kisah semalam. Pada sebelah petang mega hitam menyelubungi langit. Angin laju menderu bagaikan berlumba. Tanpa disedari ketulan air menimpa bumi kemudian mencurah-curah. Parit dan longkang disarati air mengalir menuju muara.

Tidak terkecuali kasut Abg Lori dibanjiri air.

"Itu sebab saya pakai ini kasut boss", ujar Abg Lori dgn slumber.

Wednesday 15 October 2014

Mahalnye makan di KL.

Huhuhu memanglah mahal kalau tersalah pilih kedai. Bukan di kota metropolitan sahaja, bahkan di kawasan luar bandar pun ada yang menjual makanan pada harga luar biasa.

Makan untuk mengalas kelaparan dan untuk membekalkan tenaga. Pada Abg Lori jika perlukan zat yang tepat dengan gizi pemakanan seimbang ambilah multivitamin dan sebagainya.

Nasi putih + ayam goreng + kari sayur = RM 4.50

Aplikasi android : Waze

Aplikasi ini menjadi kegemaran Abg Lori bagi memastikan jalan yg paling cepat untuk proses penghantaran.

Waze tampil dengan ikon karikator kereta comel. Memaparkan peta 2D dengan kepintaran jalan (route) untuk mengatasi masalah kelewatan dalam perjalanan.

Waze akan mengumpul maklumat daripada penggunanya dan memberikan maklumbalas kepada pengguna lain.

Aplikasi ini boleh di dapati secara percuma di playstore, mobogenie dan mobomarket.

Pada console menu gunakan butang Navigate untuk mencari destinasi.
Pada console report anda boleh melaporkan keadaan trafik, speedtrap, kemalangan dan sebagainya.

Tuesday 14 October 2014

Uptown Shah Alam (seksyen 24) terbakar

Tukar nombor telefon kepada operator lain

Post kali ini nak merungkai persoalan mengenai tukar operator telefon bimbit (handphone) kepada operator lain tanpa menukar nombor sedia ada.

Antara persoalanya yg sinonim:

1. Saya guna prepaid Maxis boleh tak saya kekalkan nombor sedia ada ke prepaid Celcom? (prepaid -> prepaid).

2. Saya guna prepaid Digi boleh tak saya tukar ke plan postpaid Maxis? (prepaid -> postpaid).

3. Saya guna line Maxis boleh ke saya tukar ke prepaid Altel? (postpaid -> prepaid).

Jawapan: Boleh.
* untuk penguna postpaid rujuk kepada kontrak.

Note: Postpaid - pengguna bayar bil. Prepaid - pengguna beli tambah nilai.

Rujuk website SKMM

Rezeki di pagi hari

Alhamdulillah. Selamat sampai ke Puspakom Wangsa maju tepat jam 9.00 pagi. Kuala Lumpur dibasahi hujan panas yang agak lebat seketika.

Hari ini Abg Lori menghantar lori syarikat untuk pemeriksaan berkala di Puspakom Wangsamaju. Pemeriksaan berkala dilakukan 6 bulan sekali, dimestikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Hari ini tak banyak kenderaan tidak seperti selalunya . Lorong kenderaan berat sahaja yg kelihatan padat. Harap-harap tiada masalah dan cepat siap.

Monday 13 October 2014

Cerita pulak pasal garam.

Tengah dok bersembang-sembang dengan kengkawan,  tiba-tiba masuk bab garam.

Garam sinonim dengan masin dan penyakit darah tinggi. Garam bukit katanya lebih baik daripada garam laut, walaupun harganya agak mahal sedikit.

Abg Lori turut mengoogle. Petikan daripada blog Ustaz Abdullah Khairi, nabi biasanya menjamah sedikit garam sebelum makan.

Di dalam garam terkandung potasium dan sodium yang mana potasium akan terhurai dengan suhu panas.

Daripada sumber lain pula menghuraikan kebaikan garam.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam
Ini ada beberapa petua penggunaan dan khasiat garam :

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya.Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering
yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4. Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit
garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk
perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum
sebelum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang
dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang
bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam
yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat -Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10 . Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada
ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia
nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi
masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah,
bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas / cawan / bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11 . Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah.
Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila
diangkat akan nampak urat hijau lidah Beza Garam Putih, Garam Bukit & Garam Semulajadi Perbezaan di antara garam bukit yang didakwa garam 'asli' dan garam semulajadi dari pergunungan Himalaya serta garam laut.
Ramai yang terkeliru dengan jenis-jenis garam yang
terdapat di pasaran hari ini dan mereka kurang mendapat maklumat tentang mana satu yang terbaik untuk tubuh kita. Garam ialah sejenis mineral. Dalam bahasa kimia, ia dipanggil sodium klorida.

Sunday 12 October 2014

Harga Petrol & Diesel Naik Lagi

Asalamualaikum dan selamat pagi semua. Apa dah jadi dengan janji-janji manis Najib Razak. Harga petrol RON 95 dan diesel naik lagi disebabkan pengurangan subsidi.
Harga di stesen pam: 
Ron95 pada harga RM 2.30 naik 20 sen berbanding sebelumnya RM 2.10.

Manakala diesel pada harga RM 2.20 naik 20 sen berbanding sebelumnya RM 2.00.

Dengan kenaikan harga petrol dan diesel maka secara langsung akan berlaku kenaikan harga barang. 

Akhir kata, terima kasih kerajaan BN.