Friday 31 January 2014

Cerita lawak: Drakula

Tersebutlah kisah....
Malcom seorang Drakula, setiap malam akan mencari mangsa untuk menghisap darah.

Satu hari sedang dia menghendap mangsanya, dia dapat merasakan sesuatu kelainan. Iya perasaan jatuh cinta. Mana tak nya, mangsanya kali ini bernama Emma secantik Emma Maembong. Setiap pagi Emma akan menyemburkan wangian Paco Rabanne.

Malcom gelisah untuk menjadikan Emma mangsanya. Lalu dia mencari mangsa yg lain.

Hari demi hari dia bertekad untuk mendapatkan Emma sebagai teman hidupnya.

Malcom tau kalau Emma mengetahui dia seorang Drakula pasti Emma akan menolak.

Malcom berjumpa dengan ketuanya iaitu Josh yang mukanya mirip mirip Josh Gorban yang popular dengan lagu You Raise Me Up.

Malcom menyuarakan hasrat hatinya. Bolehkah dia menjadi manusia biasa untuk mengahwini Emma pujaan hati. Josh berkata ada cara tetapi dengan bersyarat. Syaratnya dengan meminum satu air yang telah dijampi dan berpantang minghisap darah sama ada manusia ataupun haiwan. Disebabkan cinta yg terlalu mendalam maka Malcom pun bersetuju.

Bila malam menjelma nafsu Malcom membuak-buak. Dia rindukan darah. Dia teringin hisap darah. Kerana tak tertahan lagi Malcom segera mencari mangsa. 'Ahhh puas' bisik hati Malcom.

Tiba-tiba dia terasa sesuatu yg perasaan yang aneh seperti dirinya pudar seakan-akan transparent.  Ala-ala cerita Sumpahan Orang Minyak. Dia segera mendapatkan Josh. Menceritakan segalanya kepada Josh. Josh berkata disebabkan Malcom dah melanggar pantang maka Malcom akan mati.

'Tak ada cara yg lain ke tok.' Malcom masih berharap. Kerinduanya pada Emma memberikannya semangat.

'Ada tapi aku terpaksa menukarkan ko menjadi makhluk lain. Tapi ingat pantangnya tetap sama, jangan menghisap darah'.

Lantas Malcom bersetuju.  Josh membaca mantera, dalam sekelip mata Malcom bertukar menjadi seekor nyamuk.

Segera Malcom pergi mendapatkan Emma. Emma baru sahaja lepas mandi. Bau badannya harum selepas mengenakan losyen mandian Secret Garden. Malcom segera menrapati Emma. 'Cis nyamuk, segera Emma menepuk kedua-dua belah tangan. 'Pap'. Rebah Malcom, nyawa-nyawa ikan.

Malcom menyeru ketuanya, ' tok tolonglah saya tok'. Josh yg terdengar seruan Malcom terus bergegas ke rumah Emma. Mendapatkan Malcom yg hampir-hampir mati.

Terkejut Emma bila melihat lelaki hensem tiba-tiba muncul di depan matanya. Josh cuba meredakan keadaan.

--- bersambung...

Monday 27 January 2014

Demam Cenkering dan cara merawatnya

Entry kali ini adalah demam cengkering. Ini bersempena anak ke 2 abglori yg terkena demam tersebut.

Demam cengkering atau selalu disebut chikenpox adalah sejenis demam yang akan menyebabkan terjadinya gelembung2 air di luar kulit. Demam ini disebabkan oleh virus varicella zoster.

Abglori rasa ramai yang dah tau macam mana penderitaan demam cengkering ini. Tapi faham2 aja la budak berumur 2 tahun 5 bulan yg menanggungnya.

Demam ini boleh merebak kepada orang sekelilingnya, terutamanya kanak2. Memang terbukti berjangkit kerana sampai hari ini dah 10 orang di nursery yg sana terkena demam cengkering.

Symptom atau tanda2 awal yg abglori dapat kesan ialah anak tu kurang selera makan, macam demam biasa. Hari kedua mula nampak ada ruam2 merah pada seluruh badan (macam tanda demam campak). Hari kedua petang muka dan badan nampak merah dan demam sekejap aja turun, lepas 4 jam makan ubat, demam start balik dan keluar biji2 gelembung air. Hari ketiga lagi banyak yg keluar.
Langkah2 pada hari pertama abglori cuma bagi ubat demam. Bila hari kedua masih tak kebah abglori cuba kaedah orang2 kampung, guna air kelapa muda + garam bukit.

Nampaknya memang dah upgrade virus ni, masih juga tak mau keluar. Tadi petang abglori cuba cari daun mambu. Memang favorite nama daun ni tapi tak semudah ABC nak dapatkannya.

Kebetulan ada seorang pesara cikgu sedang membersihkan halaman rumah. Abglori cuba la tanya, nampak macam berpengalaman. Bila sebut je daun mambu dia terus cakap mesti untuk rawat chickenpox. Dia tanya dah berapa hari demam dan macam mana keadaan anak. Dia suruh abglori pergi segera dapatkan daun bambu. Dia kata nanti balik pergi cari kunyit hidup dan bedak sejuk. Tumbuk kunyit dan daun bambu sampai lumat dan tambahkan dengan bedak sejuk, lepas itu sapu ke seluruh tubuh anak.


Daun bambu selebihnya buat 'tilam' untuk anak tersebut