Monday 31 March 2014

Awas kepada semua pemilik kenderaan

Asalamualaikum dan salam sejahtera.  Semoga anda di sana di dalam rahmat Illahi.

Monsun barat daya dijangka bermula pada hujung bulan Mac kelihatannya sudah bermula. Cuaca terik sebelah pagi disusuli hujan dan ribut di sebelah petang. Abg Lori ingat-ingat Khamis, Sabtu dan hari ini hujan pada sebelah petang.

Sentiasa berada dalam keadaan awas dan berjaga-jaga kuathir bencana yang bakal melanda.

1. Elakkan parkir kenderaan anda di bawah pokok yg besar. Banyak kejadian kenderaan dihempap pokok.

2. Pastikan anda parkir kenderaan anda bukan di kawasan yang jelas ditandakan dgn amaran kawasan banjir/flood area ataupun di kawasan yg lebih rendah daripada jalan raya.

3. Pastikan tiada sebarang keraguan di ruangan kokpit. Terdapat kes di mana ular berjaya masuk dan menyorok di antara pedal kaki.

4. Gunakan perkhidmatan awam yg sesuai untuk mengelakkan kesesakan jalanraya dan kemalangan. Jangan lupa untuk membawa payung.

5. Rancang masa perjalanan. Kelewatan dijangkakan. ( pinjam ayat penyampai trafik)



Tuesday 25 March 2014

Hari Keluarga 2014 Telok Penyabung, Endau, Mersing

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Inilah aktiviti yg dinantikan saban tahun. Pada tahun ini 2014, Hari Kelurga dijadualkan pada 22 -23 mac bertempat di Chalet Sari Mawar, Pantai Teluk Penyabung, Endau, Mersing, Johor.

Abg Lori, isteri dan anak-anak bertolak dari rumah di Shah Alam menuju ke tapak permulaan konvoi di Pontian. Dari Pontian konvoi akan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke chalet.

Perjalanan konvoi melalui Simpang Renggam, Kahang, Nitar, Mersing baru lah sampai ke simpang Teluk Penyabung.

Kami menyewa 7 unit chalet, malangnya hanya ada 6 unit chalet kayu, terpaksalah ambil satu chalet batu. Harga chalet kayu lebih murah berbanding chalet batu. Sewa dikenakan hanya RM 85 semalam. Sewa bagi chalet  batu pula RM 120 semalam.


bersambung....
Http://sarimawarchalet.blogspot.com.
Http://sarimawarchalet.blogspot.com






Catuan air Syabas

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Memang tidak diduga sama sekali jadual catuan air di kawasan Abg Lori berubah. Sepatutnya hari ini ada air. Ini dah masuk hari ke 3.

Ini sudah main kasar. Harap-harap bangun pagi nanti dah ada air. Kalu xde juga nampaknye terpaksalah tayamum.

Monday 24 March 2014

Panas dalam, Ulser Mulut, Mata Ikan

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Abg Lori harap anda dalam kesejahtera an walafiat.

Sudah 2 hari Abg Lori mengalami ulser di lidah atau biasa orang panggil 'mata ikan'. Tapi yang peliknye selera makan makin bertambah. Mungkin akibat pengambilan Shaklee Alfafa Complex.

Hari Sabtu dan Ahad (22 & 23 Mac) Abg Lori bersama-sama keluarga mengadakan Hari Keluarga di Mersing (belum tulis lagi pasal Hari Keluarga. So tunggu next post). Malang bagi Abg Lori apabila ulser meledak time- time mcm nie.

Bagaimana ulser mulut boleh berlaku? Antara sebab yg dapat dikenalpasti ialah suhu badan yang tinggi akibat cuaca panas terik dan kurang minum air kosong.

So Abg Lori nasihatkan kepada pembaca semua agar minum air kosong secukupnya jika anda bekerja di luar. Sekarang nie Abg Lori ambil sekurang-kurangnya 2 liter sehari + sebotol kecil isotonik.


Tuesday 18 March 2014

Ditipu mentah mentah apek bengkel

Asalamualaikum wbt. Entry kali ini pasal penipuan bengkel motorsikal di Subang Perdana. (Gambar kedai akan abg lori update kemudian).

Minggu lepas abg lori temankan seorang kawan. Lampu depan sudah out of service. Jadi petang selepas habis kerja kami ke Subang Perdana pekena Char Keow Teow tersedap di dunia. Kami singgah di satu bengkel motor untuk menukar mentol.

Abg lori: 'Apek kasi check mentol.'. Apek mengangguk tanda faham.

Apek: 'Mentol sudah kong.'
Abg lori: 'kasi tukar mentol Stanley arr apek. Berapa harga?'.
Apek: '7 lingget'.
Abg lori: 'Ok kasi pasang'.

Apek pun masuk ke dalam, amik mentol dan pasang. Terus start moto dan testing lampu.

Apek: 'ok. Siap. 7 lingget'.

Keesokan harinya kawan abg lori kata lampunye malam. Tak nampak apa.



Monday 17 March 2014

Lenovo K900

Kali nie cerita pasal gadget plak. Lenovo K900 nie boleh dikatakan telefon pintar yg melepasi standart biasa. Jangan tengok dulu pada harganya. Memang harganya lebih kurang RM 1, 000.



Telefon ini dikuasakan dengan Chipset Intel Atom Z2580, CPU Dual-core 2 GHz
dan GPU PowerVR SGX544 dan dikuasakan dengan RAM (random access memory) 2GB. Kira spesifikasi nie boleh tandingi Blackbery Z10.

Nota kaki: rujukan untuk hadiah besday wife.

Spesifikasi Lenovo K900 boleh baca di bawah:

GENERAL
2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 850 / 900 / 1700 / 1900 / 2100
SIM Micro-SIM
Announced 2013, January
Status Available. Released 2013, April

BODY
Dimensions 157 x 78 x 6.9 mm (6.18 x 3.07 x 0.27 in)
Weight 162 g (5.71 oz)

DISPLAY
Type IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
Size 1080 x 1920 pixels, 5.5 inches (~401 ppi pixel density)
Multitouch Yes, up to 10 fingers
Protection Corning Gorilla Glass 2

SOUND
Alert types Vibration; MP3, WAV ringtones
Loudspeaker Yes
3.5mm jack Yes

MEMORY
Card slot No
Internal 16/32 GB, 2 GB RAM

DATA
GPRS Yes
EDGE Yes
Speed HSPA+
WLAN Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, dual band, Wi-Fi hotspot
Bluetooth Yes, v3.0 with A2DP
USB Yes, microUSB v2.0, USB On-the-go

CAMERA
Primary 13 MP, 4128 x 3096 pixels, autofocus, dual-LED flash
Features Geo-tagging, touch focus, face detection
Video Yes, 1080p@30fps
Secondary Yes, 2 MP

FEATURES
OS Android OS, v4.2 (Jelly Bean)
Chipset Intel Atom Z2580
CPU Dual-core 2 GHz
GPU PowerVR SGX544
Sensors Accelerometer, proximity, compass
Messaging SMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM, RSS
Browser HTML5
Radio Stereo FM radio
GPS Yes, with A-GPS support
Java Yes, via Java MIDP emulator
Colors Black/Gray
  - SNS integration
- Active noise cancellation with dedicated mic
- MP4/WMV/H.264/H.263 player
- MP3/WAV/WMA/eAAC+ player
- Organizer
- Image/video editor
- Document viewer
- Google Search, Maps, Gmail,
YouTube, Calendar, Google Talk
- Voice memo/dial
- Predictive text input

BATTERY
  Non-removable Li-Po 2500 mAh battery
Stand-by Up to 300 h (2G) / Up to 300 h (3G)
Talk time Up to 15 h (2G) / Up to 12 h (3G)

alhamdulillah hujan turun

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim abg lori mulakan entry kali ini.

Hari Isnin yang berbahagia, cuaca pada awal pagi cerah dan segar. Keadaan jerebu berkurangan. Matahari memancar terik pada tengahari. Kelihatan awan kolumus seperti dereten armada perang berarak ke barat.

Sangkaan hujan turun menjadi kenyataan. Hujan mula turun di Setapak lebih kurang jam 3 petang, boleh dikatagorikan sederhana lebat.


Sekitar jam 4 petang abg lori melalui MMRII menghala ke Kepong. Jalan berkabus disebabkan wap panas naik ke atas.

Ini laluan favorite ke Ara Damansara, melalui jalan lapangan terbang.


Last station abg lori nak pekene roti telur kat Aliff Maju, di Ara Damansara.


Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah tuhan alam semesta.

Sunday 16 March 2014

Karnival Pendidikan Mara 2014


Khasiat Mahkota Dewa

KHASIAT MAHKOTA DEWA

Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat  untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti  daun, biji, buah, batang/ranting dan akar.

Antaranya seperti berikut :-

- Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah.

- Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan.

- Berfungsi  sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus.

- Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup.

- Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi.

- Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah.

- Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan.

- Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-radang.

- Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah.

- Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan.

- Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner.

- Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kenser rahim.

- Meningkatkan stamina dan ketahanan  badan tehadap influeza.

- Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit tekanan darah tinggi.

Thursday 13 March 2014

Kuala Lumpur diselubungi jerebu

Kehilangan pesawat MAS MH370 menjadi topik perbualan hangat sehingga jam ini. Abg Lori baru saja pekena kopi dengan jiran tetangga. Macam-macam spekulasi dan andaian yang diutarakan. Nama pun sembang kedai kopi. Tak boleh nak kata siapa betul atau salah kerana pesawat belum ditemui lagi.

Kita beralih pulak kat masalah jerebu yang boleh dikatakan meruncing sejak seminggu dua nie. Semalam, dari pusat bandaraya Kuala Lumpur hingga ke Kepong, pemandangan seolah-olah dilitupi kabus putih. KLCC pun ala-ala jagung dalam semak jerebu.


Mengikut jabatan Meteorologi jerebu teruk adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka, kebakaran hutan gambut dan aktiviti perindustrian di Malaysia itu sendiri. Memang kebiasaannya pada bulan February hingga Mac Malaysia akan mengalami musim kemarau. Tapi pada tahun ini agak luar biasa kemaraunya.


Jadi sebagai seorang hamba Allah sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan kita berjaya mengharungi dugaan ini. Insyaallah kedatangan hujan yang penuh rahmat akan memberi kita lebih nikmat.