Tuesday 26 November 2013

Proton Preve berbaloi atau tidak

Proton Prevé merupakan kereta sedan empat pintu yang dibangunkan oleh pengeluar kereta nasional Proton. Dilancarkan pada 16 April 2012 sebagai pengganti kepada Proton Persona dan Proton Gen-2. Prevé dibangunkan berasaskan pelantar generasi baharu Proton P2 dan merupakan kereta sedan Proton pertama yang dilengkapi enjin pengecas turbo (turbo charger).
Prevé sebagai kereta global Proton pertama diinspirasikan melalui nama Prevé itu sendiri, yang bermaksud untuk membuktikan atau bukti.



Monday 25 November 2013

Cara-cara membuat sos lada hitam (untuk steak/chicken & lamb chop)


Bahan-bahan:
1. 3 sudu Lada hitam siap potong (biasa kat pasaraya besar ada).
2. 1 cawan Krim masakan
3. 3 sudu bawang goreng
4. 2 cawan air
Sedikit mentega dan garam.

Cara-caranya.
Panaskan kuali/periuk. Carikan mentega. Masukkan lada hitam.Kacau sebentar. Gunakan api kecil. Kemudian masukkan bawang goreng, krim masakan. Kacau lagi sampai keluar buih.

Kemudian masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan garam secukupnya. Ok siap

Misteri Villa Nabila (cerita dari abang lori)

Villa Nabila

Villa Nabila. Ermmmm...tempat nie memang tempat-tempat yang dikatan keras atau 'angker'. Abg Lori pun pernah dengar cerita nie area taun 1996. Masa tu Abg Lori baru jer lepas abis peperiksaan SPM. Budak-budak Larkin (geng sekolah) mengajak Abg Lori dan seorang lagi kawan untuk turut serta.

Pantai Lido

Biasanya aktiviti-aktiviti macam nie kitarang akan keluar dalam jam 11 malam. Abg Lori percaya ramai jugak bujang-bujang di luar sana yang suka aktiviti-aktiviti macam nie. Boringkan jadi orang bujang. Dipendekkan cerita masa kami lepak di Pantai Lido atau kini dikenali sebagai Danga Bay (masa tu Danga Bay masih dalam renovation, apa pun tak ada lagi). Pantai Lido nie memang terkenal sebagai tempat 'merendek'.

Masa tu perasaan untuk mengetahui dunia mistik memang menarik minat Abg Lori. Setelah jam menujukkkan jam 12 tengah malam maka misi pun bermula. Abg Lori sebelum nie memang tak tau tentang Villa Nabila nie. Anuar mencadangkan misi malam itu, dan kami mula bergerak ke arah bukit. Di situlah terletaknya Villa Nabila, rumah kerabat dan sebuah lagi banglo lama.

Baru sahaja kami melintas jalan, tiba-tiba Anuar yang bertindak sebagai ketua bersuara. "Aku rasa kita tukar plan la". Plak dah. Apasal plak. Kitarang semacam pelik jer bila Anuar berkata sedemikian. Anuar nie memang ada isi orangnya. Dia boleh nampak apa yang orang lain tak boleh nampak. Six Sense la orang kata. Sebab atuk dia ada turunkan ilmu kat dia.

"Kenapa Nuar?", tanya Khalid. "Takde apa-apa la. Jom la ikut aku nanti aku cerita. Kita g Singgah Selalu dulu ", kata Anuar. Masa tu Abg Lori perasaan muka Anuar nampak gelisah. Demmmmm jangan-jangan dia dah nampak tak. (Restoran Singgah Selalu pun takde lah beso dan cantik macam sekarang nie).

Restoran Singgah Selalu

Sampai jer kat Singgah Selalu Anuar suruh kita duduk dulu. Abg Lori tengok dia terus meluru ke tandas. Adoiyay nak terkencing ke hapa si Anuar nie.

Lepas tunggu dalam 15 minit, Anuar pun keluar dari tandas. "Apa problem der?". Sebenarnya Anuar sakit perut sampai tercirit masa kitarang melintas jalan menuju ke bukit. Patutla muka dia gelisah semacam jer. Hahaha...tu jer cerita untuk malam tu. Memang kene setepet la si Anuar. Bila Anuar muncul jer masing-masing buat macam mencium bau busuk. "Ngko ada bau ke? Aku macam bau sesuatu jer. Ko ada bau?". Memang kaw-kaw kene si Anuar tu. Memang kenagan yang tak boleh nak dilupakan.

Seminggu selepas peristiwa tu kami kembali memasuki Villa Nabila. Seram memang la seram tapi tak ada papa pun yang terjadi. Kalau korang masuk ke Villa Nabila tu korang boleh tengok macam ada kesan-kesan peninggalan mat pet jer. Tapi Abg Lori tak nafikan adanya jin atau orang kita suka panggil hantu. Tempat tu kosong, sedangkan rumah yang kita tinggalkan lebih 40 hari pun akan ada makhluk yang dok diam. Sebab tu lah bila kita nak masuk rumah kene bagi salam. "Asalamualaikum ya ahlul bait". Insyaallah, lepas kita bagi salam yang tak berkenaan akan pergi.

P/s: Kalu korang nak betul-betul seram, korang boleh pegi area rumah mayat di Hospital Tun Aminah, Bangunan Kemayan City dan Istana Bukit Serene.

Friday 22 November 2013

Program Menarik Cuti Sekolah 2013

Kuala Lumpur....(adoi, dah ala-ala KL Gangster).

Kuala Lumpur tu sebagai mukadimmah entry kali nie. Memang dah lama Abg Lori online disebabkan kesibukan kerja dan projek (ehem-ehem, kawan punya projek kita menumpang sekaki jer. Bukan bidang logistik dan lori pun).

Ari nih dah nak masuk minggu ke 2 cuti sekolah di Malaysia. Apa yang bestnye pasal cuti sekolah ni? Erm.. bagi Abg Lori, time-time cuti sekolah nie jalan raya agak lengang skit daripada hari bersekolah. Bas dan van kuning kurang skit dan ini memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya lagi-lagi di kawasan yang ada sekolah. Mak ayah tak lagi mengejar jam 7.30 pagi untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Memang terasa benarlah kelegaannya.


Saturday 25 May 2013

Welcome to my new gadget.

Setelah mengambil kira harga dan spesifikasi smartphone, lantas Abg Lori membuat keputusan. Iya. Keputusan muktamad.

5 hari lamanya Abg Lori meng'google' pelbagai blog dan website, hampir 10 kedai telefon Abg Lori pegi dan survey. Untuk pengetahuan korang, kedai di SS15/4B adalah kedai telefon termurah yang Abg Lori jumpe. Perbezaan harga dengan kedai lain sekitar RM 30-100. Satu jumlah yang agak besar.

Akhirnya Abg Lori telah membuat keputusan untuk membeli smartphone ini. Almaklumlah budget cuma RM 500. Ini spesifikasinya.

GENERAL2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G NetworkHSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
SIMMini-SIM
Announced2012, January
StatusAvailable. Released 2012, April
BODYDimensions123.2 x 63 x 9.7 mm (4.85 x 2.48 x 0.38 in)
Weight120 g (4.23 oz)
DISPLAYTypeSuper AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
Size480 x 800 pixels, 4.0 inches (~233 ppi pixel density)
MultitouchYes
 - TouchWiz 4.0 UI
SOUNDAlert typesVibration; MP3, WAV ringtones
LoudspeakerYes
3.5mm jackYes
MEMORYCard slotmicroSD, up to 32 GB
Internal8/16 GB storage, 768 MB RAM, 2 GB ROM
DATAGPRSClass 12 (4+1/3+2/2+3/1+4 slots), 32 - 48 kbps
EDGEClass 12
SpeedHSDPA, 14.4 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLANWi-Fi 802.11 a/b/g/n, dual-band, DLNA, Wi-Fi hotspot
BluetoothYes, v3.0 with A2DP, HS
NFCOptional
USBYes, microUSB v2.0
CAMERAPrimary5 MP, 2592 x 1944 pixels, autofocus, LED flash, check quality
FeaturesGeo-tagging, touch focus, face and smile detection
VideoYes, 720p@30fps, check quality
SecondaryYes, 1.3 MP
FEATURESOSAndroid OS, v2.3.6 (Gingerbread), upgradable to v4.1.2 (Jelly Bean)
ChipsetNovaThor U8500
CPUDual-core 1 GHz Cortex-A9
GPUMali-400
SensorsAccelerometer, gyro, proximity, compass
MessagingSMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM
BrowserHTML, Adobe Flash
RadioStereo FM radio with RDS
GPSYes, with A-GPS support
JavaYes, via Java MIDP emulator
ColorsBlack, White
 - SNS integration
- MP4/DivX/WMV/H.264/H.263 player
- MP3/WAV/eAAC+/AC3/FLAC player
- Organizer
- Image/video editor
- Document editor
- Google Search, Maps, Gmail,
YouTube, Calendar, Google Talk, Picasa
- Voice memo/dial/commands
- Predictive text input (Swype)
BATTERY Li-Ion 1500 mAh battery
Stand-byUp to 570 h (2G) / Up to 550 h (3G)
Talk timeUp to 15 h (2G) / Up to 7 h 20 min (3G)
MISCSAR US0.37 W/kg (head)     0.98 W/kg (body)    
SAR EU0.54 W/kg (head)    
Price group
TESTSDisplayContrast ratio: Infinite (nominal)
LoudspeakerVoice 74dB / Noise 66dB / Ring 75dB
Audio qualityNoise -88.6dB / Crosstalk -88.0dB
CameraPhoto / Video


Masih belum tidur lena, dok membelek-belek plak aplikasi apa yang wajib install.

Sunday 19 May 2013

Antara samsung galaxy dan sony xperia

huhu...sebenarnya abg lori dok pening bulan May 2013 ni.Pening dalam membuat pilihan. Nak beli handphone baru tapi modal ciput jah.

Hari-hari berlalu dengan 'mengodek' handphone kawan-kawan. Ada yang pakai Samsung Galaxy ada yang pakai Sony Xperia. Best gak pakai handphone 'touchscreen' ni. Wifi kat opis tu pun membazir kalau tak digunakan...kkkk. Ye lah sekurang-kurangnye bolehlah mengisi masa lapang, baca 'online newspaper', baca blog orang, udapte blog sendiri. Betul tak.

So target gaji ni Abg Lori nak 'let go' satu 'handphone taouchscreen'. Kalau ikutkan hati dan budget memang dah boleh dah.




Saturday 2 February 2013

membuat adunan tempura sendiri

Post kali ini Abg Lori nak share cara untuk membuat adunan tempura sendiri. Huhuhu. Rasa-rasanya dah boleh masuk rancangan Master Chef :p. Ni simple recipe dari Abg Lori.

Ok. Bahan-bahannya.

1. 3/4 cawan tepung gandum.
2. 1/4 cawan tepung jagung.
3. 1 1/4 cawan air sejuk. (gunakan air sejuk dari peti sejuk).
4. 1 biji telur Gred A.
5. Secubit garam
6. Secubit lada sulah.



Masukkan air dalam mangkuk besar. Masukkan telur dan kacau hingga sebati. Masukkan tepung jagung, tepung gandum, garam dan lada sulah. Kacau hingga sebati.

Ok dah siap adunan tempura dan boleh goreng ayam, sotong, udang dan sayuran. Untuk mengoreng Abg Lori cadangkan minyak bunga matahari (sunflower oil). Barulah terasa umph!!!!!.

Tuesday 29 January 2013

Menu Dory Fish Berempah


Pada episod lepas Abg Lori ada cerita pasal Dory Fish atau ikan patin. So pada post kali ini Abg Lori nak share plak menu Dory yang simple dan terbaek (pinjam trademark Boboboi)

Bahan-bahan (untuk diperap bersama Dory Fillet)

400 gram Dory fillet ( 2 keping potong 2-3 inci)
1 sudu kecil serbuk kari ikan.
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil paprika
2 biji bawang putih (ditumbuk/dikisar halus)

5ml minyak jagung untuk mengoreng. (boleh guna minyak masak biasa, tapi aroma dari minyak jagung lebih manis dan sedap untuk Dory).

Gaulkan ke semua bahan-bahan perap tadi bersama Dory fillet hingga sebati dan biarkan 2-3 jam sebelum goreng. Goreng Dory fillet dengan minyak jugung tadi sehingga kekuning-kuningan.

Bahan-bahan untuk sos
10 ml minyak jagung
5 biji cendawan butang segar. (putih/ kelabu)
1 cawan cream masakan (cooking cream).
2 biji bawang putih di cencang kasar
3 biji buah zaitun (slice black olive)
1/2 biji bawang Holland
1 sudu tepung jagung (untuk memekatkan sos, gaul dan sebatikan dengan cooking cream)
1 sudu kecil daun basil (boleh guna yang kering atau segar)
Sedikit lada hitam kisar, garam dan gula.

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dahulu sehingga naik bau, kemudian masukkan bawang holland. Jangan tumis terlalu lama. Masukkan buah zaitun, cendawan butang gaulkan dengan tumisan tadi kemudian masukkan cream masakan. Gaul hingga terbit buih-buih, kemudian masukkan daun basil, garam, gula dan lada hitam. Gaul seketika. Dah siap.

Dory yang sudah siap digoreng tadi letak dalam pinggan dan curahkan sos ke atasnya.


Sekian. Selamat mencuba.






Sunday 27 January 2013

Dory Fish Dory Fillet

Kali ini Abg Lori nak story sikit pasal ikan. Ikan bukan sebarangan ikan, ikan ini cukup glamour dengan nama " Dory" atau "cream dory fish". Kalau makan di restoran-restoran kita boleh lihat menu "Dory". 

Nama saintifik: Pangasius Hypophthalmus.

Rasanya lemak sehingga menjilat jari. Tapi yang penting ianya daripada spesis air tawar. 

Sebenarnya kita biasa lihat ikan ini, biasa dengar nama ikan ini kerana kita selalu memanggilnya dengan nama ikan patin.




the next episod >> menu cream dory