Saturday 27 December 2014

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura Dilaporkan Hilang - Kompas.com

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura Dilaporkan Hilang - Kompas.com - http://bisniskeuangan.kompas.com/read/2014/12/28/095718626/Pesawat.AirAsia.dari.Surabaya.ke.Singapura.Dilaporkan.Hilang

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura Dilaporkan Hilang

Minggu, 28 Desember 2014 | 09:57 WIB

JAKARTA, KOMPAS.com - Pesawat AirAsia QZ 8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini, Sabtu (28/12/2014).

Direktur Angkutan Udara Kementerian Perhubungan, Djoko Murjatmojo memastikan bahwa pesawat tersebut hilang dalam pantauan radar. "Saat ini saya sedang di pos pemantauan untuk menunggu berbagai laporan yang masuk," ujarnya saat dikonfirmasi Kompas.com.

Dia mengatakan, nanti pihak Kementerian Perhubungan akan memberikan keterangan resmi perihal hilangnya pesawat AirAsia tersebut.

Sementara itu mengutip data penerbangan dari Flightradar, pesawat AirAsia yang hilang adalah Airbus A320 dengan nomor registrasi PK-AXC. Pesawat tersebut berangkat dari Surabaya pukul 05.20 pagi dan sampai di Singapura seharusnya pukul 08.30 waktu setempat atau pukul 07.30.

Selama ini, AirAsia memiliki reputasi keselamatan yang baik, termasuk ketepatan waktu terbang.

Penulis: Bambang Priyo Jatmiko
Editor: Bambang Priyo Jatmiko

Sunday 21 December 2014

Koleksi Duit Kertas Malaysia Lama

Masa bujang dulu pernah juga Abg Lori menyimpan duit kertas ringgit malaysia. Hobi nie terhenti apabila Abg Lori kekeringan duit saku yang akhirnya sehelai demi sehelai Abg Lori guna.



#mentorlegend

Tuesday 16 December 2014

Penipu kutu emas

Terima mesej nie daripada whatapps.

Nama suspek: Salmiah Tasmuni.
Lokasi : Johor Bahru

Betul atau tidak sekadar berjaga2.

Pelik betul; kalau nak memancing kena mohon lesen

Kalau nak memburu guna senapang kena ada lesen itu perkara biasa. Tapi pelik kalau hendak memancing kena mohon lesen.

Dengan adanya permohonan lesen bermaksud ada undang2, dan undang2 di Malaysia berkonsepkan spectrum kepada pendapatan negara @ jabatan itu sendiri.

Kalau di Jepun, polis akan menahan dan memberitahu kesalahan trafik yg telah dilakukan oleh pesalah. Berbeza di Malaysia anda pastinya akan menerima saman terlebih dahulu.

Pada pandangan Abg Lori lesen untuk tujuan memancing perlu diperhalusi.

Tips beli pakaian kembali ke sekolah.

Entry ini patutnya hari Ahad lagi Abg Lori post. Tapi terleka membelek2 barang yang dibeli terus lupa nak update.

Kami memilih pasaraya Mydin di USJ 1 kerana dekat dengan rumah dan banyak pilihan. Bila sebut pasal Mydin ada yg membayangkan low standard dan bersesak2.

Tapi keadaan di Mydin USJ 1 ni seperti sebuah pasaraya mewah. Orang yang datang membeli-belah memang ramai tapi tidaklah sesesak yang dibayangkan.

Tahun ini anak Abg Lori akan masuk darjah 2. Memandangkan baju dan seluar tahun lepas masih elok, kami hanya membeli sepasang persalinan untuk sekolah kebangsaan dan Kafa.

Kasut kami beli di kedai Bata. Tahun lepas pun sama. Kualiti kasut bata lebih baik daripada kasut di Mydin atau di Hari-hari bersasarkan pengalaman.

Alhamdulillah, kasut pilihan anak ada diskaun jika beli 2 pasang, ada pulak diskaun 30% untuk beg. Ada pulak lucky draw.

#kembalikesekolah #mydin #bata

Indahnya pemandangan di KLCC

Hari nie tak banyak tempat nak hantar. Sambil2 bawak lori sambil2 snap gambar. Dah lama x lalu jalan Yap Kwan Seng on the nak ke Hotel Rennaisance. Sempat Abg Lori snap satu gambar mercu tanda Kuala Lumpur, Menara Berkembar KLCC.


#klcc #kualalumpur

Saturday 13 December 2014

Pizza apa nie

Plan nak masak ayam panggang. Dah siap standby oven, tiba2 berubah fikiran plak nak buat pizza.

100gram tepung dapat 2 biji mini pizza. Bila pizza dah abis wife Abg Lori minta buatkan seperti dalam gambar. Simple and delicious.

#pizzahut #dominopizza #pizzamodestos

Friday 12 December 2014

Aktiviti Hujung Minggu Pusat Akuatik Darul Ehsan

Sudah seminggu putera Abg Lori menjalani proses khatan. Hari ini cadang nak buka smart clam. Pagi2 wife Abg Lori dah ajak pergi Pusat Akuatik yang terletak berhampiran Bulatan Kayangan di belakang Tesco Shah Alam.

Kami sekeluarga berada di sini hingga jam 11.00 pagi.

Pengangkutan awam di Malaysia

Saja Abg Lori tulis topik ini untuk sama2 kita ulas dan kupas.

Di Kuala Lumpur dan Selangor memang tidak dapat dinafikan keadaan trafik kian sesak setiap hari. Kepàdatan kenderaan pada waktu puncak menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Di pusat bandar Kuala Lumpur ada bas yang memberikan perkhidmatan percuma iaitu bas bewarna pink Go KL. Tak silap inisiatif SPAD Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Ramai juga warga kota menggunakan pengangkutan awam untuk tujuan kerja atau liburan di ibu kota. Tidak kurang juga ribuan warga asing sama ada yang sah atau pun haram PATI yang memperolehi manafaatnya. "Haruman semerbak" ketika waktu pulang kerja ditambah lagi dengan kesesakan penumpang tak kira LRT, Komuter atau Bas Rapid.

Ladies coach diperuntukkan khas untuk golongan wanita di gerabak Komuter. Namun begitu masih ramai gadis2 lebih suka duduk di bahagian gerabak biasa.

Ini realitinya.

Sebenarnya kerajaan bersikap adil dengan memberikan kemudahan pengangkutan awam kepada rakyat dan juga warga asing.

Medan Selera Taman Melawati perlu perubahan.

Hari nie ada penghantaran ke Taman Melawati. Abang Lori ambil kesempatan untuk makan tengahhari di Medan Selera. Medan Selera ni berdekatan dengan Wisma LJT Lembaga Jurukur Tanah.

Memang masih tidak berubah, kelihatan sama seperti 5 tahun yang lepas.

Thursday 11 December 2014

Projek Buat Baja Kompos sisa dapur.

Setiap hari ada saja makanan yang tak habis akan dilempar ke tong sampah. Kumpul punya kumpul satu plastik beg pastinya penuh untuk satu hari.

Semenjak Abg Lori menanam cili dan terung dalam pasu, kerap juga beli baja organik dan tanah kompos daripada seorang kawan.

Masa masukkan tanah kompos dalam pasu kelihatan kulit kupang dan cengkerang telur yang belum reput. Lantas Abg Lori Google " baja organik" dan "kompos".

Owh macam tu ke diarang buat. Senang aja.

Teknik menggunakan pasu sebagai tempat pembuatan kompos. Mula2 masukkan selapis tanah dalam 1- 2 cm, kemudian masukkan sisa dapur, lagi selapis tanah kemudian masukkan sisa dapur. Ala2 kuih lapis.

Sekarang ni sudah ada 3 pasu besar tanah kompos buatan sendiri yang bakal digunakan untuk tanaman seterusnya.

Permainan Teng Teng, Mengimbau zaman kanak-kanak

Ini permainan pebret Abg Lori masa kecil2 dulu. Rasa teringin nak ajar anak2 kat area perumahan untuk main balik permainan ini.

Gundu digunakan untuk membuat lontaran. Biasa Gundu Abg Lori daripada kaca botol. Sisi tajam botol membolehkan balingan tepat ke dalam kotak teng teng.

Piala AFF 2014 Vietnam vs Malaysia

Aritu Malaysia tewas menentang Vietnam dalam perlawanan semifinal Piala AFF di Stadium Shah Alam.

Harap2 perlawanan malam ini pemain Malaysia dapat menunjukkan permainan yang baik.

Setelah tamat perlawanan, Malaysia layak ke perlawanan akhir menentang Thailand setelah menewaskan Vietnam 4 -2.
#pialaAFF

Tuesday 2 December 2014

Nasi Goreng Seafood Anjung

Sekarang time rehat, pekena nasi goreng kat kedai makan di area Ara Damansara. Nama kedainya Anjung Ara. Kedai ni duduknya bawah rumah flat Ara Meranti.

Menu di sini rasanya boleh tahan. Nasinya agak banyak banding kedai makan lain. Service pun cepat harga pun berpatutan.

Monday 1 December 2014

Tips Bila Anda Hendak Menukar Tayar Kereta Anda

Saja Abg Lori nak kongsi basic info pasal tayar.

Pertama

Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita.
Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak
menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci
kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan
kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan
bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih
pendek jangka hayat.

Kedua

Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi
tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak
tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian
nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh
tayar dikilangkan (minggu dan tahun).
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan.
Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh
bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

Ketiga

Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan
huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai
contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai
kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan)
adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk
kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar
itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa
menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

Keempat

Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import.
Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat
berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang
panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

Kelima

Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan.
Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan
tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

Keenam

Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan
kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud
selama tekanan angin tayar kurang.