Friday 25 April 2014

'Orang miskin tak kena GST, makan budu dan belacan’

Dipetik daripada Harakah Daily.

'Orang miskin tak kena GST, makan budu dan belacan’

APR 08, 2014  NAZRI KUALA LUMPUR:

PAS menyifatkan alasan kerajaan bahawa barangan seperti budu dan belacan tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dalam cuba memberi maksud ia 'tidak membebankan' orang miskin, sebagai menghina rakyat.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, alasan kerajaan itu bukan sahaja sebagai alasan simplistik untuk ianya diluluskan, tetapi lebih dari itu ia sebenarnya memberi maksud 'rakyat miskin boleh teruskan kehidupan dalam keadaan miskin mereka'.

"Inilah 'sumbangan' kerajaan kepada orang miskin supaya mereka hanya makan budu dan belacan letak limau nipis yang tidak dikenakan GST.

"Ibarat kata, orang miskin hanya makan budu dan belacan dan tak layak dapat benda-benda lain kerana pendapatan kamu tidak layak," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) GST selepas melalui dua hari perbahasan untuk bacaan kali kedua.

Pungundian lewat petang semalam menyaksikan 118 ahli parlimen BN menyokong RUU itu sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan tidak bersetuju.

Keputusan itu disambut bantahan ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan berdiri sambil mempamerkan plakad bantah dan tolak GST.

Cukai GST ini dijadual dilaksanakan pada April tahun hadapan.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan kekecewaan di atas kelulusan RUU itu yang didakwa sesuatu yang malang buat rakyat negara ini.

Najib perlu isytihar keluar dari rundingan TPPA ketika lawatan obama

Dipetik daripada Harakah Daily.

Najib perlu isytihar keluar dari rundingan TPPA ketika lawatan obama

APR 25, 2014  MOHD AZMI ABDUL HAMID
Kami mendapatI tujuan utama lawatan Obama ialah mengenai agenda menandatangani rundingan TPPA. Lantaran itu, jika Najib berani dan tegas mempertahankan maruah negara, dia  perlu mengambil kesempatan ini untuk menegaskan pendirian Malaysia bahawa rakyat tidak menerima perjanjian ini.

Kami yakin tujuan AS menekankan kepentingan TPPA ditandatangani bukan isu perdagangan, sebaliknya  adalah hegemoni AS adalah mengekang pengaruh China di rantau ini.

Oleh itu, Malaysia tidak perlu diperangkap dalam perjanjian ini hanya kerana AS mahu memenuhi agendanya mengimbangi kuasa China.

Penolakan Malaysia terhadap TPPA ini adalah wajar kerana sejak Malaysia menyertai rundingan tersebut dalam keadaan penuh kerahsiaan, rakyat tidak yakin kepentingan negara akan dapat dilindungi walaupun pihak MITI (Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa)  berulang kali menyatakan kepentingan negara tidak akan digadai.

Jika tujuan utama kedatangan Obama ke Malaysia adalah berkait dengan TPPA kami menjangka Obama akan mengguna pengaruh AS sepenuhnya ke atas Najib agar Malaysia tunduk kepada kehendak AS dalam perjanjian tersebut.

Kami mengulangi pendirian menolak dan membantah TPPA kerana kesan jangka panjangnya yang tidak dapat dijangka akibat peraturannya yang mengikat dan boleh mengheret negara ke Mahkamah antarabangsa jika berlaku konflik perdagangan.

Kami juga menolak lawatan Obama kerana AS merupakan negara adikuasa yang menggunakan pengaruhnya dan melakukan semahunya ke atas pelbagai negara di dunia seperti di Syria, Iraq, Afghanistan dan Pakistan sehingga jutaan rakyat awam menderita. Dasar luar AS telah memberi akibat yang buruk kepada sosio-ekonomi, pertahanan dan politik banyak negara di dunia ketiga.

Hegemoni AS yang menyebabkan Israel terus bermaharajalela, jelas menunjukkan betapa AS berperanan besar menafikan hak rakyat Palestin untuk mendapat keadilan sejak lebih 65 tahun yang lalu. Keganasan Israel terus berleluasa bukan sahaja di Tebing Barat malah juga membenarkan Israel melakukan kepungan haram keatas Tebing Gaza yang menyebabkan rakyat Palestin di Gaza menderitai akibat sekatan makanan, ubatan, bahan binaan, bekalan gas dan minyak sejak 2006  sehingga hari ini.

AS jelas menggunakan pengaruhnya secara "double standard" dalam dasar luarnya yang tidak mempedulikan hak asasi manusia sedangkan AS mencanang demokrasi kepada dunia. Operasi militari AS yang mengguna kapal terbang perang tanpa pemandu  (drone) di Afghanistan telah membunuh ribuan rakyat awam yang tidak berdosa. Demikian operasinya menjatuhkan Sadam Hussein telah mengakibatkan lebih sejuta rakyat Iraq terbunuh dan kini Iraq hancur sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Dasar hipokrit AS sangat jelas dalam krisis yang berlaku di Syria dan Mesir. Slogan AS supaya menghormati hak demokrasi rakyat Mesir menunjukkan percanggahan yang nyata. Kini AS menyokong penuh apa yang dilakukan oleh Fatah al-Sisi yang melakukan kudeta tentera menjatuhkan Dr Mohammad Morsi sebagai Presiden yang sah dipileh oleh rakyat Mesir. Manakala AS menyokong keganasan yang berlaku di Syria yang kini sudah mengorbankan lebih dari 200,000 orang rakyat awam.

Kedatangan Obama ke Malaysia yang akan disambut sebagai lawatan terpenting pemimpin luar oleh Perdana Menteri Malaysia adalah simbol penyerahan kehormatan negara kepada kuasa imperialis dunia. Menerima lawatan pemimpin sebuah negara paling ganas didunia menunjukkan betapa negara sangat mudah diperalatkan oleh kuasa besar.

Obama jelas adalah seorang Presiden Amerika yang bermuka-muka dan pembohong besar. Harapan yang diisytiharkannya kepada dunia bahawa dia akan merubah dasar luarnya yang lebih positif kepada negara-negara Islam jelas adalah suatu penipuan dan manipulasi. Dengan terus memperalatkan beberapa negara Arab di Timur Tengah, sikapnya menyokong penuh dasar Israel, operasi ketenteraan yang semakin meningkat di Afghanistan dan Iraq, ternyata Obama adalah hipokrit paling besar dalam dunia

Wednesday 23 April 2014

Personaliti mengikut kumpulan darah


Mendapan Di Jalan Bukit Bintang.

Dipetik daripada blog oh! Makkau.

Sebentar tadi Omak Kau menerima 4 Gambar mengisahkan berlakunya mendapan di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur dipercayai hasil kerja-kerja mengorek terowong yang sedang giat di jalankan oleh pihak MRT Corporation yang cuba di sembunyikan dari pengetahuan umum yang menyumbang kepada kesesakan yang amat teruk jalan sekitar Bukit Bintang ditambah buruk ketika waktu puncak.

Beberapa jalan terpaksa di tutup.

Aliran trafik ke Bukit Bintang, Jalan Tun Razak dan sekitarnya sesak teruk berikutan penutupan jalan sepanjang 500 meter di Bukit Bintang  antara Chulan Square dan Menara World Wide bagi kerja-kerja membaiki jalan yang rosak sejak pukul 9 pagi tadi.

Kerosakan itu dipercayai berpunca daripada tanah mendap berikutan kerja-kerja pembinaan projek MRT di kawasan tersebut.

MRT Corp dalam kenyataannya hari ini berkata, jalan tersebut dijangka dibuka pukul 6 petang selepas kerja-kerja selesai.

Sebagai alternatif pemandu dari Bukit Bintang ke Jalan Tun Razak boleh menggunakan Jalan Imbi di Chulan Square dan ke kiri ke Jalan Jalan Inai seterusnya ke Jalan Kampung sehingga ke Bukit Bintang dan Ke Jalan Tun Razak.omakkau.blogspot.com/2014/04/2-foto-mendapan-di-jalan-bukit-bintang.html?m=1