Friday 25 April 2014

'Orang miskin tak kena GST, makan budu dan belacan’

Dipetik daripada Harakah Daily.

'Orang miskin tak kena GST, makan budu dan belacan’

APR 08, 2014  NAZRI KUALA LUMPUR:

PAS menyifatkan alasan kerajaan bahawa barangan seperti budu dan belacan tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dalam cuba memberi maksud ia 'tidak membebankan' orang miskin, sebagai menghina rakyat.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, alasan kerajaan itu bukan sahaja sebagai alasan simplistik untuk ianya diluluskan, tetapi lebih dari itu ia sebenarnya memberi maksud 'rakyat miskin boleh teruskan kehidupan dalam keadaan miskin mereka'.

"Inilah 'sumbangan' kerajaan kepada orang miskin supaya mereka hanya makan budu dan belacan letak limau nipis yang tidak dikenakan GST.

"Ibarat kata, orang miskin hanya makan budu dan belacan dan tak layak dapat benda-benda lain kerana pendapatan kamu tidak layak," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) GST selepas melalui dua hari perbahasan untuk bacaan kali kedua.

Pungundian lewat petang semalam menyaksikan 118 ahli parlimen BN menyokong RUU itu sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan tidak bersetuju.

Keputusan itu disambut bantahan ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan berdiri sambil mempamerkan plakad bantah dan tolak GST.

Cukai GST ini dijadual dilaksanakan pada April tahun hadapan.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan kekecewaan di atas kelulusan RUU itu yang didakwa sesuatu yang malang buat rakyat negara ini.

No comments:

Post a Comment