Tuesday 29 January 2013

Menu Dory Fish Berempah


Pada episod lepas Abg Lori ada cerita pasal Dory Fish atau ikan patin. So pada post kali ini Abg Lori nak share plak menu Dory yang simple dan terbaek (pinjam trademark Boboboi)

Bahan-bahan (untuk diperap bersama Dory Fillet)

400 gram Dory fillet ( 2 keping potong 2-3 inci)
1 sudu kecil serbuk kari ikan.
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil paprika
2 biji bawang putih (ditumbuk/dikisar halus)

5ml minyak jagung untuk mengoreng. (boleh guna minyak masak biasa, tapi aroma dari minyak jagung lebih manis dan sedap untuk Dory).

Gaulkan ke semua bahan-bahan perap tadi bersama Dory fillet hingga sebati dan biarkan 2-3 jam sebelum goreng. Goreng Dory fillet dengan minyak jugung tadi sehingga kekuning-kuningan.

Bahan-bahan untuk sos
10 ml minyak jagung
5 biji cendawan butang segar. (putih/ kelabu)
1 cawan cream masakan (cooking cream).
2 biji bawang putih di cencang kasar
3 biji buah zaitun (slice black olive)
1/2 biji bawang Holland
1 sudu tepung jagung (untuk memekatkan sos, gaul dan sebatikan dengan cooking cream)
1 sudu kecil daun basil (boleh guna yang kering atau segar)
Sedikit lada hitam kisar, garam dan gula.

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dahulu sehingga naik bau, kemudian masukkan bawang holland. Jangan tumis terlalu lama. Masukkan buah zaitun, cendawan butang gaulkan dengan tumisan tadi kemudian masukkan cream masakan. Gaul hingga terbit buih-buih, kemudian masukkan daun basil, garam, gula dan lada hitam. Gaul seketika. Dah siap.

Dory yang sudah siap digoreng tadi letak dalam pinggan dan curahkan sos ke atasnya.


Sekian. Selamat mencuba.






Sunday 27 January 2013

Dory Fish Dory Fillet

Kali ini Abg Lori nak story sikit pasal ikan. Ikan bukan sebarangan ikan, ikan ini cukup glamour dengan nama " Dory" atau "cream dory fish". Kalau makan di restoran-restoran kita boleh lihat menu "Dory". 

Nama saintifik: Pangasius Hypophthalmus.

Rasanya lemak sehingga menjilat jari. Tapi yang penting ianya daripada spesis air tawar. 

Sebenarnya kita biasa lihat ikan ini, biasa dengar nama ikan ini kerana kita selalu memanggilnya dengan nama ikan patin.




the next episod >> menu cream dory