Saturday 31 May 2014

Senarai Parlimen dan Dun Negeri Perak 2014

Terbaharu : P076: Teluk Intan- Datuk Mah Siew Keong (pilihanraya kecil May 2014)

Berikut adalah senarai Parlimen dan Dun Negeri Perak yang terkini.

P054: Grik- Datuk Hasbullah Osman
N01: Pengkalan Hulu- Aznel Ibrahim
N02: Temengor- Salbiah Mohamed
P055: Lenggong- Datuk Shamsul Anuar Nasarah
N03: Kenering- Datuk Mohd Tarmizi Idris
N04: Kota Tampan- Datuk Saarani Mohamad
P056: Larut- Datuk Hamzah Zainuddin

Keputusan Pilihanraya Kecil Teluk Intan 31 May 2014


TELUK INTAN: Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan selepas calonnya, Datuk Mah Siew Keong menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu dengan majoriti 238 undi.



Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Teluk Intan di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib.

Mah Siew Keong yang juga bekas Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal pada Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10) dan PRU-11 memperoleh 20,157 undi berbanding calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang mendapat 19,919 undi.



Terdapat 543 undi rosak.



Friday 30 May 2014

Rekreasi: Taman Tasik Ampang Hilir

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Taman Tasik Ampang Hilir. Taman tasik ini terletak mengadap MMR2 berdekatan persimpangan Ampang Point. Boleh dikatakan luas dan dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak, laluan 'jogging' dan tapak penjaja.

Pintu Masuk Utama

Ada ketikanya Abg Lori akan berehat sebentar, mengilangkan penat dan menenangkan fikiran. Pemandu lori seperti kami pun kadang-kadang terpaksa mengikut waktu pejabat. Kebanyakan 'recieving officer' berehat dari jam 1 - 2 petang. Masa ini dimanafaatkan untuk solat dan rehat. Taman tasik ini pada kebiasaannya sunyi hanya kelihatan beberapa buah kereta, van dan lori sahaja berada di sana.



Ada 3 pintu masuk, di mana anda boleh memakir kereta/kenderaan anda. Pintu utama terletak di Jalan Kedondong berhampiran Kg. Perwira Jaya. Pintu masuk kedua daripada Jalan Ampang Hilir, dan pintu masuk ketiga juga di Jalan Kedondong hampir dengan MRR2.
Pelantar jika masuk dari pintu utama.


Add caption

Taman permainan kanak-kanak.
Bumbung Masjid Nurul Islam (masih dalam proses naik taraf)


Masjid Nurul Islam di Kg Desa Pahlawan berdekatan dengan Taman Tasik Ampang Hilir. Ketika ini masih lagi di dalam proses naik taraf tapi masih boleh digunakan untuk solat berjemaah. Bumbung masjid boleh dilihat daripada pintu masuk utama di Jalan Kedondong. 





Tuesday 27 May 2014

Jalan Pintas: Persimpangan Tabung Haji ke MRR2/Ampang Jaya

Jalan Ampang memang terkenal dengan kesesakan lalulintas lebih-lebih lagi pada waktu puncak. Pengalaman
Hari ini Abg Lori nak berkongsi satu jalan pintas untuk mengelakkan kesesakan trafik di Jalan Ampang menuju Ampang Jaya.

Bagi mereka yang ingin ke MRR2 berdekatan Ampang Point (Hulu Kelang) biasanya melalui Jalan Ampang. Acapkali jalan ini sesak pada bila-bila masa berikutan kenderaan masuk/keluar simpang. Beberapa lampu isyarat juga penyebab kesesakan ini berlaku. Kesesakan paling teruk biasanya bermula daripada Bangunan Perkeso sehingga Hospital Gleaneagles.

Salah satu jalan pintas yang boleh anda gunakan ialah dengan menggunakan Jalan U-Thant. Memasuki Jalan U-Thant. Lampu isyarat pertama - jalan terus. Belok simpang ke kiri Jalan Pegawai. Ambil kanan pada simpang empat (lampu isyarat tidak berfungsi). Terus lagi di persimpangan Desa Pandan. Belok ke kiri memasuki Jalan Ricthi. Anda akan jumpe kembali ke Jalan Ampang. Simpang kiri menuju ke Tabung Haji / Jelatik / Hospital Gleaneagles. Simpang kanan menuju ke MMR2 / Hulu Kelang / Ampang Jaya.

note: Sekirannya terlepas Jalan Ritchi anda boleh terus ke hadapan dan memasuki MMR2 (jalan sehala ke kiri). Pusingan U sebelah kanan untuk ke Pandan Indah / Sungai Besi. Jalan terus untuk ke Hulu Kelang / Zoo Negara. Belok ke kanan untuk ke Ampang Point / Ampang Jaya / Bukit Belacan.

Satu lagi laluan alternatif adalah menggunakan Lebuhraya Bertingkat Ampang (AKLEH).

Sajak: Wahai Ibuku


Thursday 22 May 2014

Panas!!! Isu Panda di Malaysia Panas!!!

Isu panda bergitu hanggat diperkatakan detik ini. Bertalu-talu dekat whatapps, gambar PM dan panda.


Ok. ni Abg Lori sedut daripada blog pro Kerajaan.

 ISU PANDA: FAKTA YANG TELAH DIPUTARBELIT | Acap kali kita mendengar kisah panda sewa yang bernilai RM25 juta yang dijadikan isu oleh pihak pembangkang. Ini penjelasan sebenar kepada permasalahan tersebut.

 1. Pakatan Rakyat yang dah ketandusan isu telah menipu rakyat dengan propa murahan picisan kononnya malaysia menyewa panda dengan harga RM 25 juta. HAKIKAT YANG SEBENAR ialah:

 2. Panda itu dihadiahkan china kepada malaysia sebagai SATU tanda simbolik perhubungan pelbagai hala diplomatik antara DUA negara.

 3. Kos penjagaan, pemeliharaan dan penyediaan tempat sarang panda yang perlu ditempat suhu sejuk ialah sebanyak RM 2.5 juta setahun bersamaan RM25 juta utk 10 tahun.

 4. Kos RM 25 juta tersebut ditaja oleh 1MDB dan kerajaan Malaysia.

 5. Simbolik disebalik hadiah panda ini adalah,
 A. Malaysia diiktiraf china sebagai satu negara sekutu yang dipercayai dan dihormati china.
 B. Malaysia adalah antara beberapa negara sahaja yang mendapat keistimewaan penghormatan seperti ini.
C. Malaysia diiktiraf secara global oleh china dalam perhubungan pelbagai hala dan diplomatik. Hakikatnya mereka sengaja mencetuskan polemik bagi menghentikan niat kita dalam usaha kita dan hubungan dengan China.
 Apa agenda mereka? ~ dari sumber Blog Mazeer


Nanti Abg Lori update daripada bloger pro Pembangkang plak. Nak g kerja ni.

Wednesday 7 May 2014

Hari Cuti Sakit, demam & batuk mungkin disebabkan cuaca terlalu panas atau stroke haba.

Asalamualaikum WBT. Abg Lori harap anda semua sihat walafiat. Owh ye. Sekarang ni Abg Lori baru sahaja makan ubat batuk cap Ibu dan Anak dan ginseng cina untuk mengurangkan rasa tekak yang perit dan panas di bahagian tengkuk dan perut. Ginseng cina nie juga dikatakan boleh mengawal peredaran darah. Wife yang belikan di CH (kedai sensei/ubat cina) Bandar Sunway. Pati daun bunga raya menghiasi dahi dan badan. (dah macam orang asli Afrika).

Semalam Abg Lori mengalami pitam beberapa saat atau minit. Masa sebenar tak dapat dipastikan. Sedar-sedar aja dah terduduk di sebelah lori. Mungkin kerana terlalu lama terdedah kepada panas, setibanya di 'loading bay' Hotel Concorde KL Abg Lori terus masuk ke dalam box lori yang sememangnya suhu box lori adalah di bawah paras 0 darjah Celcius. Semalam Kuala Lumpur mencatatkan bacaan suhu 40 darjah Celcius (betul ke tidak tak tau la ye, Abg Lori selalu tengok kat persimpangan Tabung Haji nu hah.

Doktor yang merawat Abg Lori bagitahu kemungkinan Abg Lori terkena simptom-simtom stroke haba. Meh kita kenal pasti tanda-tanda stroke haba dan cara untuk mengelakkannya.

Definisi strok haba atau heat stroke adalah suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37 darjah Celsius.- See more at: http://umikasum.blogspot.com/2014/03/strok-haba-heat-stroke-berwaspadalah.html#sthash.A81c71Sk.dpuf

Tanda-tanda awal strok haba ialah:
- sakit kepala/terasa berdenyut.
- kurang berpeluh walaupun ketika itu suhu panas.
- terasa lemah pada otot atau sendi.
- kulit dan bibir kering.
- sawan atau pitam.

Saranan buat semua di musim cuaca yang kering dan panas:

Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.     ~ Sumber: Berita Harian






.

Monday 5 May 2014

Johor DT bertemu Pahang 5 May Separuh Akhir Piala FA (1st Round)

Apa nak dikata. Perlawanan telah pun berakhir. Keputusan seri 1 sama setelah tamat permainan. Johor DT terpaksa akur dengan keputusan perlawanan yang sememangnya tidak memihak kepada tuan rumah. 5 May 2014 menyaksikan perlawan Pusingan Pertama,

Separuh Akhir Piala FA berlangsung di Stadium Larkin pada jam 8.45 malam. Perlawanan di gelanggang sendiri tampak bermain secara profesional. Hantaran-hantaran pendek daripada pemain-pemain JDT ala Barca menyerikan perlawanan.

JDT mendahului pada separuh masa pertama dijaringkan oleh Luciano Figueroa pada minit ke 13 setelah Shafik memulakan sepakan percuma. Pada minit ke 37 Pahang menyamakan kedudukan dengan terpaan Martias Conti menewaskan penjaga gayang JDT. Pada pendapat Abg Lori permainan agak baik pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua Pahang bermain secara bertahan manakala penyerang JDT gagal membuat sebarang hatrik dan penyudah yang lemah. Dari segi pengadil Abg Lori berharap agar barisan pengadil perlawanan lebih sensetif kerana terlalu banyak 'takle' keras tanpa apa-apa kad.

Timbal balik Pahang melawan JDT di Stadium Kuantan pada 30 May 2014. Jangan lupa untuk menyaksikan pertemuan Kelantan bertemu KL Felda United FC pada hari ini 6 May di Stadium Sulatan Muhammad ke IV

Thursday 1 May 2014

Himpunan 501 Suhakam puji

Dipetik daripada Harakah Daily.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memuji pengendalian aman bagi himpunan anti-GST di sekitar jalan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada hari ini. 

“Suruhanjaya melihat perkara ini sebagai satu hasil positif daripada kerjasama baik di kalangan penganjur perhimpunan, peserta dan pihak berkuasa,” ujar Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam kenyataan kepada Harakahdaily, malam ini.

Katanya, Suhakam turut memuji pihak polis dan penganjur atas hubungan kerjasama positif mereka menerusi satu siri dialog yang telah diadakan sebelum perhimpunan yang membawa kepada persetujuan kedua-dua pihak dalam beberapa aspek utama yang berkaitan dengan perhimpunan, terutamanya persetujuan polis untuk penganjur menggunakan jalan raya berhampiran Dataran Merdeka walaupun dataran tersebut ditutup untuk kerja naik taraf.

Beliau menambah, Suhakam berbesar hati memerhatikan bahawa tiada Unit Simpanan Persekutuan (FRU) digunakan semasa perhimpunan tersebut dan jalan-jalan utama dan stesen pengangkutan awam juga tidak ditutup. 

Pihak polis, dengan bantuan marshal penganjur, telah berjaya memudahcarakan kawalan lalu lintas dan pergerakan orang ramai sepajang perhimpunan tersebut bagi memastikan peserta perhimpunan boleh bergerak dari semua lokasi tanpa banyak kesulitan.

“Suruhanjaya juga berbesar hati dengan pembaharuan positif dalam profesionalisme pihak polis dan pihak berkuasa yang lain dalam mengendalikan perhimpunan awam seperti yang ditunjukkan menerusi KL112 dan perhimpunan anti-kenaikan harga serta perhimpunan hari ini,” ujarnya lagi. 

Demikian juga, ujar beliau Suhakam memuji penganjur dan peserta atas hubungan kerjasama positif mereka dengan pihak berkuasa.

“Suruhanjaya mengalu-alukan kerjasama berterusan, persefahaman dan rasa hormat dalam perhimpunan aman masa depan ke arah memastikan hak asasi rakyat untuk kebebasan berhimpun dapat dipelihara sepenuhnya pada setiap masa,” kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 1/5/2014

Pesanan Imam Al Ghazali


Panas!!! 1 May 2014 Perhimpunan Rakyat Menolak GST

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamad Salleh pada sidang medianya semalam memberi peringatan tegas kepada peserta perhimpunan dan pihak penganjur agar mematuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) demi keselamatan umum setelah mereka dibenarkan untuk berhimpun secara aman hari ini."Mereka juga tidak dibenarkan membawa kanak-kanak, pembesar suara, kain rentang dan senjata ketika perhimpunan sedang berlangsung," katanya.

Peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) mula berkumpul di lima lokasi di ibu negara.Mereka yang terbabit dilihat mula berkumpul sejak 9.30 pagi di sekitar pusat beli-belah Sogo, Masjid Negara, KLCC, Kampung Baru dan Dataran Maybank. 


Berikut gambar-gambar segelintar perhimpunan bantah GST pada 1 May 2014 yang dilakukan secara aman.