Apa nak dikata. Perlawanan telah pun berakhir. Keputusan seri 1 sama setelah tamat permainan. Johor DT terpaksa akur dengan keputusan perlawanan yang sememangnya tidak memihak kepada tuan rumah.
5 May 2014 menyaksikan perlawan Pusingan Pertama,
Separuh Akhir Piala FA berlangsung di Stadium Larkin pada jam 8.45 malam. Perlawanan di gelanggang sendiri tampak bermain secara profesional. Hantaran-hantaran pendek daripada pemain-pemain JDT ala Barca menyerikan perlawanan.
JDT mendahului pada separuh masa pertama dijaringkan oleh Luciano Figueroa pada minit ke 13 setelah Shafik memulakan sepakan percuma.
Pada minit ke 37 Pahang menyamakan kedudukan dengan terpaan Martias Conti menewaskan penjaga gayang JDT.
Pada pendapat Abg Lori permainan agak baik pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua Pahang bermain secara bertahan manakala penyerang JDT gagal membuat sebarang hatrik dan penyudah yang lemah. Dari segi pengadil Abg Lori berharap agar barisan pengadil perlawanan lebih sensetif kerana terlalu banyak 'takle' keras tanpa apa-apa kad.
Timbal balik Pahang melawan JDT di Stadium Kuantan pada 30 May 2014. Jangan lupa untuk menyaksikan pertemuan Kelantan bertemu KL Felda United FC pada hari ini 6 May di Stadium Sulatan Muhammad ke IV
No comments:
Post a Comment