Jalan Ampang memang terkenal dengan kesesakan lalulintas lebih-lebih lagi pada waktu puncak. Pengalaman
Hari ini Abg Lori nak berkongsi satu jalan pintas untuk mengelakkan kesesakan trafik di Jalan Ampang menuju Ampang Jaya.
Bagi mereka yang ingin ke MRR2 berdekatan Ampang Point (Hulu Kelang) biasanya melalui Jalan Ampang. Acapkali jalan ini sesak pada bila-bila masa berikutan kenderaan masuk/keluar simpang. Beberapa lampu isyarat juga penyebab kesesakan ini berlaku. Kesesakan paling teruk biasanya bermula daripada Bangunan Perkeso sehingga Hospital Gleaneagles.
Salah satu jalan pintas yang boleh anda gunakan ialah dengan menggunakan Jalan U-Thant. Memasuki Jalan U-Thant. Lampu isyarat pertama - jalan terus. Belok simpang ke kiri Jalan Pegawai. Ambil kanan pada simpang empat (lampu isyarat tidak berfungsi). Terus lagi di persimpangan Desa Pandan. Belok ke kiri memasuki Jalan Ricthi. Anda akan jumpe kembali ke Jalan Ampang. Simpang kiri menuju ke Tabung Haji / Jelatik / Hospital Gleaneagles. Simpang kanan menuju ke MMR2 / Hulu Kelang / Ampang Jaya.
note: Sekirannya terlepas Jalan Ritchi anda boleh terus ke hadapan dan memasuki MMR2 (jalan sehala ke kiri). Pusingan U sebelah kanan untuk ke Pandan Indah / Sungai Besi. Jalan terus untuk ke Hulu Kelang / Zoo Negara. Belok ke kanan untuk ke Ampang Point / Ampang Jaya / Bukit Belacan.
Satu lagi laluan alternatif adalah menggunakan Lebuhraya Bertingkat Ampang (AKLEH).
No comments:
Post a Comment