Tuesday 25 December 2012

Teki-teki dari seorang kawan

Perh..dah lama tak melepak di mamak Sungai Bonus Masjid India. Melepak bersama kawan-kawan lama sewaktu kerja di Kota Damansara. Memang terbaik teh tarik kat sini. Cap Jempol.

Asyik cerita pasal kerja, seorang kawan mencelah. Lie membuka teka-teki. Saja untuk mengamatkan pertemuan kali ini.

Lie: Kau cuba bagi aku nama nabi yang ada emak dan ada bapak?
Abg Lori: Nabi Muhamad S.A.W.

Lie: Ok. Cuba bagi aku nama nabi yang ada emak tak ada bapak?
Wan: Nabi Isa A.S.

Lie: Ok. Bagi tau aku nabi yang tak ada emak tak ada bapak?

Senyap semuanya.

Wan: Mana ada nabi takde emak takde bapak.
Lie: Mesti ada.

Hah..kalu korang pandai jawablah....




Sunday 23 December 2012

jobdirumah.com scam

Peringatan!!!!

Kepada semua pembaca. Program Data Entry Virtual ini adalah 'scam', dalam erti kata lain adalah penipu. Abg Lori berminat juga untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut selepas terbaca di ruangan iklan Harian Metro. Dengan segera Abg Lori meng'google'.



Ini daripada forum CG http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=340420


www.jobdirumah.com jangan percaya....kerja tipu orang

http://www.jobdirumah.com/index.php

ada sesiapa kat sini pernah dengar pasal ini scam....

dulu dia iklan kat carigold la...kat forum2...ramai yang kena tipu....

dulu dia amik rm 100 untuk bayaran ...

ada ka pekerjaan yang memerlukan anda membayar duit...???

dan sekarang....dia buat trick baru...RM 50 untuk video tutorial la...itu la..ini la...




tengok sendiri yerrrr....dulu ramai dah yang tertipu...

http://www.jobdirumah.com/index.php

http://www.jobdirumah.com/index.php


Abg Lori pun tak paham, ramai sangat penipu-penipu berotak geliga di dunia ini. Semoga mendapat balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat kelak.

So untuk semua, jangan mudah tertipu dengan kata-kata manis mereka. Jangan jadikan diri anda mangsa. Berfikir dan kaji selidik dahulu sebelum menyertai mana-mana skim atau program.

Wednesday 19 September 2012

Highway DUKE

Lebuhraya DUKE (Duta-Ulu Kelang Expressway) menghubungkan Jalan Duta di barat ke Ampang di timur, dan ke Lebuhraya Karak di utara. DUKE melengkapkan Jalan Lingkaran Perantara (Intermediate Ring Road) Kuala Lumpur, apabila menghubungkan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), SPRINT (di Penchala Link) dan simpang Ulu Kelang di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II), bagi membolehkan pengguna kenderaan bergerak dari satu hujung ke satu hujung dalam tempoh 9 minit sahaja. 


Hari ini AbgLori menggunakan Lebuhraya DUKE untuk menjimatkan masa penghantaran. Selepas mengambil barang di Euro Atlantic di Taman Pinggiran Ukay, dan trip penghantaran seterusnya adalah di Publika, Solaris Dutamas. Tanpa membuang masa AbgLori menggunakan hikmat Gaban Z dan terus memecut di Lebuhraya Duke.

Daripada MRR2 arah Ampang






 Kadar tol Lebuhraya DUKE
Kelas 1CarRM 2.00
Kelas 2Lorry 2 axlesRM 3.00
Kelas 3Lorry 3 axlesRM 4.00
Kelas 4TaxiRM 1.00
Kelas 5BusRM 1.30




Dulu mula-mula AbgLori guna jalan ni, pernah termasuk ke simpang Lebuhraya PLUS. Merana nak pusing balik ke area ni.

Istana Negara di atas bukit nu.


Masjid Wilayah Persekutuan

Sudah sampai di Publika, Solaris Dutamas. Perjalanan amik masa kira-kira 12 minit sahaja. 



Comel Siut...

Perh memang comel gila lori ni. Pic ni AbgLori snap kat Esso MRR2.



Mungkin lori ni dari Zoo Negara agaknya. AbgLori snap jer tanpa kebenaran drivernye.

Tuesday 18 September 2012

Kalau tuan bijak bistari...

Kalau tuan bijak bistari, apakah nama makhluk ini?






 Makhluk ini AbgLori snap ketika nak hantar barang ke KL Tower.

Alangkah Bahagianya Kalau...

Alangkah bahagianya kalau jalan kat KL ari-ari cam picture kat bawah ni. Akibat boring tahap cipanzi, AbgLori pun rajin-rajin la snap picture on the way balik ke office.

 Susur turun daripada Lebuhraya Mahameru ke Bangsar

 Jalan Bangsar ke persimpangan Lembah Pantai. (stesen LRT Abdullah Hukum)

 Pemandangan Pintu Gerbang Angkasa Puri.

 Flyover persimpangan Kampung Pasir/Flat Sri Angkasa.

Persimpangan Bandar Sunway/Kuchai Lama (New Pantai Expressway - NPE)


 Plaza Tol PJS2 New Pantai Expressway - NPE

 Kilang todi Guinness Anchor Berhad ntah sapa punya.

 Federal Highway ke Jambatan Kabel LDP

Gambar-gambar di atas diambil sekitar jam 4.30 - 5 petang. Perjalanan dari Taman Tasik Perdana ke Bandar Sunway hanya mengambil masa kira-kira 15 minit pada kadar kelajuan lori. :P


Sunday 16 September 2012

Menu Lunch 17 Sept 2012

Aha...kali ni bertuah korang dapat tgk apa yang AbgLori masak. Simple menu jer.

1. Ikan Pari masak Asam Podas

2. Brokoli dan Cendawan Tiram ala-ala stew.


3. Ayam Goreng Shah Alam style


4. Telur dadar.



Hehe ...ni perut tengah menyanyi ni...perghhhh..bau memukau hidung AbgLori....

Bila borak pasal politik

Hahaha...eh maaf AbgLori tergelak besar la plak. Ni bila kita tengok telatah orang yang macam ahli politik yang fanatik dengan fahaman dan aliran politiknya.

Buat AbgLori, ahli-ahli politik di Malaysia ni lebih kurang sama sahaja. Tidak ramai lagi YB yang membawa erti 'Yang Berkhidmat' sebaliknya ramai YB 'Yang Berniaga'. Terlalu banyak skandal yang kita dengar dan kita boleh lihat dan nampak dengan mata kita sendiri. Untuk PRU akan datang, kita sebagai pemilih undi haruslah berfikir dahulu.

Beberapa tips dan pendapat yang AbgLori ingin kongsikan untuk pemilih undi;

1. Jika calon berlainan agama dengan kita, maka pilihlah yang seagama dengan kita.
2. Jika calon sama agama, maka pilihlah karakter dan sifatnya.

Politik itu umpama kain, maka manusia jua lah yang mecorakkan dan mem'fesyen'kannya.

Gangnam Style

Tergelak hati AbgLori bila melihat video clip di youtube bertajuk "Segamat Gangnam Style" ( link video ). Sekarang zaman teknologi, setiap saat aja kita akan dihebohkan dengan cerita dan berita baru.

Tarian Gangnam Style atau lebih sesuai dengan jolokan tarian 'gedik' ini adalah salah satu daripada tarian K-Pop. Lagu Oppa Gangnam Style dipopularkan daripada 'single pop' Park Jae Sang atau lebih dikenali sebagai PSY (South Korean rapper).

Perkataan Gangnam adalah merujuk kepada sebuah kawasan yang makmur dan trendi di Seoul yang terkenal sebagai area elit tempat tinggal banyak artis, publik figur, dan orang-orang kenamaan.


Mari kira undi artis-artis youtube "Oppa Gangnam Style".


1. ORANG SABAH STYLE


2. Georgetown Gangnam Style


3. Super Nogori Style


4. Segamat Oppa Gangnam Style



Pada jam 1 pagi, 17 september 2012 bermulalah coretan dari abglori.