Wednesday 19 September 2012

Highway DUKE

Lebuhraya DUKE (Duta-Ulu Kelang Expressway) menghubungkan Jalan Duta di barat ke Ampang di timur, dan ke Lebuhraya Karak di utara. DUKE melengkapkan Jalan Lingkaran Perantara (Intermediate Ring Road) Kuala Lumpur, apabila menghubungkan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), SPRINT (di Penchala Link) dan simpang Ulu Kelang di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II), bagi membolehkan pengguna kenderaan bergerak dari satu hujung ke satu hujung dalam tempoh 9 minit sahaja. 


Hari ini AbgLori menggunakan Lebuhraya DUKE untuk menjimatkan masa penghantaran. Selepas mengambil barang di Euro Atlantic di Taman Pinggiran Ukay, dan trip penghantaran seterusnya adalah di Publika, Solaris Dutamas. Tanpa membuang masa AbgLori menggunakan hikmat Gaban Z dan terus memecut di Lebuhraya Duke.

Daripada MRR2 arah Ampang






 Kadar tol Lebuhraya DUKE
Kelas 1CarRM 2.00
Kelas 2Lorry 2 axlesRM 3.00
Kelas 3Lorry 3 axlesRM 4.00
Kelas 4TaxiRM 1.00
Kelas 5BusRM 1.30




Dulu mula-mula AbgLori guna jalan ni, pernah termasuk ke simpang Lebuhraya PLUS. Merana nak pusing balik ke area ni.

Istana Negara di atas bukit nu.


Masjid Wilayah Persekutuan

Sudah sampai di Publika, Solaris Dutamas. Perjalanan amik masa kira-kira 12 minit sahaja. 



No comments:

Post a Comment