Monday 1 December 2014

Tips Bila Anda Hendak Menukar Tayar Kereta Anda

Saja Abg Lori nak kongsi basic info pasal tayar.

Pertama

Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita.
Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak
menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci
kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan
kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan
bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih
pendek jangka hayat.

Kedua

Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi
tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak
tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian
nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh
tayar dikilangkan (minggu dan tahun).
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan.
Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh
bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

Ketiga

Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan
huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai
contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai
kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan)
adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk
kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar
itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa
menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

Keempat

Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import.
Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat
berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang
panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

Kelima

Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan.
Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan
tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

Keenam

Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan
kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud
selama tekanan angin tayar kurang.

No comments:

Post a Comment