Saja Abg Lori tulis topik ini untuk sama2 kita ulas dan kupas.
Di Kuala Lumpur dan Selangor memang tidak dapat dinafikan keadaan trafik kian sesak setiap hari. Kepàdatan kenderaan pada waktu puncak menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Di pusat bandar Kuala Lumpur ada bas yang memberikan perkhidmatan percuma iaitu bas bewarna pink Go KL. Tak silap inisiatif SPAD Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.
Ramai juga warga kota menggunakan pengangkutan awam untuk tujuan kerja atau liburan di ibu kota. Tidak kurang juga ribuan warga asing sama ada yang sah atau pun haram PATI yang memperolehi manafaatnya. "Haruman semerbak" ketika waktu pulang kerja ditambah lagi dengan kesesakan penumpang tak kira LRT, Komuter atau Bas Rapid.
Ladies coach diperuntukkan khas untuk golongan wanita di gerabak Komuter. Namun begitu masih ramai gadis2 lebih suka duduk di bahagian gerabak biasa.
Ini realitinya.
Sebenarnya kerajaan bersikap adil dengan memberikan kemudahan pengangkutan awam kepada rakyat dan juga warga asing.
No comments:
Post a Comment