Tuesday, 16 December 2014

Tips beli pakaian kembali ke sekolah.

Entry ini patutnya hari Ahad lagi Abg Lori post. Tapi terleka membelek2 barang yang dibeli terus lupa nak update.

Kami memilih pasaraya Mydin di USJ 1 kerana dekat dengan rumah dan banyak pilihan. Bila sebut pasal Mydin ada yg membayangkan low standard dan bersesak2.

Tapi keadaan di Mydin USJ 1 ni seperti sebuah pasaraya mewah. Orang yang datang membeli-belah memang ramai tapi tidaklah sesesak yang dibayangkan.

Tahun ini anak Abg Lori akan masuk darjah 2. Memandangkan baju dan seluar tahun lepas masih elok, kami hanya membeli sepasang persalinan untuk sekolah kebangsaan dan Kafa.

Kasut kami beli di kedai Bata. Tahun lepas pun sama. Kualiti kasut bata lebih baik daripada kasut di Mydin atau di Hari-hari bersasarkan pengalaman.

Alhamdulillah, kasut pilihan anak ada diskaun jika beli 2 pasang, ada pulak diskaun 30% untuk beg. Ada pulak lucky draw.

#kembalikesekolah #mydin #bata

No comments:

Post a Comment