Monday 25 November 2013

Misteri Villa Nabila (cerita dari abang lori)

Villa Nabila

Villa Nabila. Ermmmm...tempat nie memang tempat-tempat yang dikatan keras atau 'angker'. Abg Lori pun pernah dengar cerita nie area taun 1996. Masa tu Abg Lori baru jer lepas abis peperiksaan SPM. Budak-budak Larkin (geng sekolah) mengajak Abg Lori dan seorang lagi kawan untuk turut serta.

Pantai Lido

Biasanya aktiviti-aktiviti macam nie kitarang akan keluar dalam jam 11 malam. Abg Lori percaya ramai jugak bujang-bujang di luar sana yang suka aktiviti-aktiviti macam nie. Boringkan jadi orang bujang. Dipendekkan cerita masa kami lepak di Pantai Lido atau kini dikenali sebagai Danga Bay (masa tu Danga Bay masih dalam renovation, apa pun tak ada lagi). Pantai Lido nie memang terkenal sebagai tempat 'merendek'.

Masa tu perasaan untuk mengetahui dunia mistik memang menarik minat Abg Lori. Setelah jam menujukkkan jam 12 tengah malam maka misi pun bermula. Abg Lori sebelum nie memang tak tau tentang Villa Nabila nie. Anuar mencadangkan misi malam itu, dan kami mula bergerak ke arah bukit. Di situlah terletaknya Villa Nabila, rumah kerabat dan sebuah lagi banglo lama.

Baru sahaja kami melintas jalan, tiba-tiba Anuar yang bertindak sebagai ketua bersuara. "Aku rasa kita tukar plan la". Plak dah. Apasal plak. Kitarang semacam pelik jer bila Anuar berkata sedemikian. Anuar nie memang ada isi orangnya. Dia boleh nampak apa yang orang lain tak boleh nampak. Six Sense la orang kata. Sebab atuk dia ada turunkan ilmu kat dia.

"Kenapa Nuar?", tanya Khalid. "Takde apa-apa la. Jom la ikut aku nanti aku cerita. Kita g Singgah Selalu dulu ", kata Anuar. Masa tu Abg Lori perasaan muka Anuar nampak gelisah. Demmmmm jangan-jangan dia dah nampak tak. (Restoran Singgah Selalu pun takde lah beso dan cantik macam sekarang nie).

Restoran Singgah Selalu

Sampai jer kat Singgah Selalu Anuar suruh kita duduk dulu. Abg Lori tengok dia terus meluru ke tandas. Adoiyay nak terkencing ke hapa si Anuar nie.

Lepas tunggu dalam 15 minit, Anuar pun keluar dari tandas. "Apa problem der?". Sebenarnya Anuar sakit perut sampai tercirit masa kitarang melintas jalan menuju ke bukit. Patutla muka dia gelisah semacam jer. Hahaha...tu jer cerita untuk malam tu. Memang kene setepet la si Anuar. Bila Anuar muncul jer masing-masing buat macam mencium bau busuk. "Ngko ada bau ke? Aku macam bau sesuatu jer. Ko ada bau?". Memang kaw-kaw kene si Anuar tu. Memang kenagan yang tak boleh nak dilupakan.

Seminggu selepas peristiwa tu kami kembali memasuki Villa Nabila. Seram memang la seram tapi tak ada papa pun yang terjadi. Kalau korang masuk ke Villa Nabila tu korang boleh tengok macam ada kesan-kesan peninggalan mat pet jer. Tapi Abg Lori tak nafikan adanya jin atau orang kita suka panggil hantu. Tempat tu kosong, sedangkan rumah yang kita tinggalkan lebih 40 hari pun akan ada makhluk yang dok diam. Sebab tu lah bila kita nak masuk rumah kene bagi salam. "Asalamualaikum ya ahlul bait". Insyaallah, lepas kita bagi salam yang tak berkenaan akan pergi.

P/s: Kalu korang nak betul-betul seram, korang boleh pegi area rumah mayat di Hospital Tun Aminah, Bangunan Kemayan City dan Istana Bukit Serene.

No comments:

Post a Comment