Monday 31 March 2014

Awas kepada semua pemilik kenderaan

Asalamualaikum dan salam sejahtera.  Semoga anda di sana di dalam rahmat Illahi.

Monsun barat daya dijangka bermula pada hujung bulan Mac kelihatannya sudah bermula. Cuaca terik sebelah pagi disusuli hujan dan ribut di sebelah petang. Abg Lori ingat-ingat Khamis, Sabtu dan hari ini hujan pada sebelah petang.

Sentiasa berada dalam keadaan awas dan berjaga-jaga kuathir bencana yang bakal melanda.

1. Elakkan parkir kenderaan anda di bawah pokok yg besar. Banyak kejadian kenderaan dihempap pokok.

2. Pastikan anda parkir kenderaan anda bukan di kawasan yang jelas ditandakan dgn amaran kawasan banjir/flood area ataupun di kawasan yg lebih rendah daripada jalan raya.

3. Pastikan tiada sebarang keraguan di ruangan kokpit. Terdapat kes di mana ular berjaya masuk dan menyorok di antara pedal kaki.

4. Gunakan perkhidmatan awam yg sesuai untuk mengelakkan kesesakan jalanraya dan kemalangan. Jangan lupa untuk membawa payung.

5. Rancang masa perjalanan. Kelewatan dijangkakan. ( pinjam ayat penyampai trafik)



No comments:

Post a Comment