Matahari memancarkan senyumannya di balik tirai awan. Kicauan burung murai menyambut keharmornian pagi Jumaat 17 Oct 2014.
Berbeza dengan kisah semalam. Pada sebelah petang mega hitam menyelubungi langit. Angin laju menderu bagaikan berlumba. Tanpa disedari ketulan air menimpa bumi kemudian mencurah-curah. Parit dan longkang disarati air mengalir menuju muara.
Tidak terkecuali kasut Abg Lori dibanjiri air.
"Itu sebab saya pakai ini kasut boss", ujar Abg Lori dgn slumber.
No comments:
Post a Comment