Showing posts with label Diari seorang pemandu lori. Show all posts
Showing posts with label Diari seorang pemandu lori. Show all posts

Thursday, 16 October 2014

Bila hujan turun dengan lebat di lembah klang

Matahari memancarkan senyumannya di balik tirai awan. Kicauan burung murai menyambut keharmornian pagi Jumaat 17 Oct 2014.

Berbeza dengan kisah semalam. Pada sebelah petang mega hitam menyelubungi langit. Angin laju menderu bagaikan berlumba. Tanpa disedari ketulan air menimpa bumi kemudian mencurah-curah. Parit dan longkang disarati air mengalir menuju muara.

Tidak terkecuali kasut Abg Lori dibanjiri air.

"Itu sebab saya pakai ini kasut boss", ujar Abg Lori dgn slumber.

Wednesday, 15 October 2014

Mahalnye makan di KL.

Huhuhu memanglah mahal kalau tersalah pilih kedai. Bukan di kota metropolitan sahaja, bahkan di kawasan luar bandar pun ada yang menjual makanan pada harga luar biasa.

Makan untuk mengalas kelaparan dan untuk membekalkan tenaga. Pada Abg Lori jika perlukan zat yang tepat dengan gizi pemakanan seimbang ambilah multivitamin dan sebagainya.

Nasi putih + ayam goreng + kari sayur = RM 4.50