Monday, 13 October 2014

Cerita pulak pasal garam.

Tengah dok bersembang-sembang dengan kengkawan,  tiba-tiba masuk bab garam.

Garam sinonim dengan masin dan penyakit darah tinggi. Garam bukit katanya lebih baik daripada garam laut, walaupun harganya agak mahal sedikit.

Abg Lori turut mengoogle. Petikan daripada blog Ustaz Abdullah Khairi, nabi biasanya menjamah sedikit garam sebelum makan.

Di dalam garam terkandung potasium dan sodium yang mana potasium akan terhurai dengan suhu panas.

Daripada sumber lain pula menghuraikan kebaikan garam.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam
Ini ada beberapa petua penggunaan dan khasiat garam :

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya.Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering
yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4. Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit
garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk
perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum
sebelum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang
dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang
bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam
yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat -Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10 . Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada
ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia
nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi
masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah,
bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas / cawan / bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11 . Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah.
Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila
diangkat akan nampak urat hijau lidah Beza Garam Putih, Garam Bukit & Garam Semulajadi Perbezaan di antara garam bukit yang didakwa garam 'asli' dan garam semulajadi dari pergunungan Himalaya serta garam laut.
Ramai yang terkeliru dengan jenis-jenis garam yang
terdapat di pasaran hari ini dan mereka kurang mendapat maklumat tentang mana satu yang terbaik untuk tubuh kita. Garam ialah sejenis mineral. Dalam bahasa kimia, ia dipanggil sodium klorida.

No comments:

Post a Comment