Saturday 29 November 2014

Penjagaan Selepas Berkhatan

Walaupun putera sulung Abg Lori akan berkhatan minggu depan informasi dan tip2 penjagaan amat perlu.

Sebab Abg Lori dulu hampir 3 minggu baru sembuh akibat bentan makan ikan selar. Bukan selar uji rashid mata besar tu, tp yg warna mining hijau.

Antara tips yg diperolehi dan logik dipraktikkan;

1. Puasakan anak pada malam sebelum sunat. Maksudnya kurangkan sukatan menu kepada yg ringan. Begitu juga dengan sarapan. Jgn ambil yg bergula, madu tak apa.

2. Sediakan kain untuk digigit oleh anak semasa dibius.

3. Guna air paip untuk cuci luka. Jangan guna air gamat dan lain2.

4. Bagi makan ikan bersisik besar seperti siakap, merah, kurau, jenahak.

5. Elakkan makanan laut lain seperti udang, ketam, sotong, kerang dan sekelasnya.

6. Elakkan ayam, telur dan produk sekelasnya. Kalau dah kering baru boleh.

7. Elakkan makanan bergoreng, gunakan kaedah kukus, panggang dan rebus.

Itu sahaja buat masa nie.

No comments:

Post a Comment