Tuesday, 14 April 2015

Had Pengeluaran wang KWSP pada umur 60 tahun?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pagi nie Abg Lori tertonton siaran langsung RTM 1 bertajuk "Pokai Selepas Pencen". Panel jemputannya Datuk Omar Osman, bekas presiden Ceupacs.

Datuk saya bagi "tabik spring". Semoga Allah merahmatimu.

Macam nie la insan pembela rakyat, bukannya mereka yang berjawatan dan punyai pengaruh yang pada hakikatnya membolot kekayaan untuk diri sendiri atas kuasa mereka. Laknat Allah atas diri mereka.

Pokai Selepas Pencen berkisar tentang had pengeluaran wang pekerja yang dicarumkan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP @ EPF).

Pada ketika ini had umur pengeluaran 100% wang simpanan adalah pada umur 55 tahun. Pernah Abg Lori terbaca dalam akhbar tempatan cadangan daripada KWSP untuk menaikkan had umur kepada 60 tahun sebelum INI.

Abg Lori memang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan sebagai orang pencen pandai2 lah kita menguruskan duit yang ada pada sisa2 umur kita.

#barukautau

No comments:

Post a Comment