Ini cerita semalam yang punya. Abg Lori diberikan tugas untuk hantar barang ke Quill Mall di Kuala Lumpur.
Bangunan ini terletak di seberang Sheraton Imperial, Kuala Lumpur Jalan Sultan Ismail. Kerap juga lalu di hadapan Quill Mall nie yang sudah lama terbengkalai.
Laluan untuk loading/unloading perlu memasuki simpang ke Kg Baru, selepas bangunan DBKL belok kiri. Akan jumpa dulu tempat pemunggahan AEON manakala tempat pemunggahan selain AEON berada di sayap kiri bangunan.
Dekorasi dan susunan premisnya seakan2 di NU Sentral. Penghantaran barang diteruskan ke Food Junction ( model baru medan selera).
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment