Monday 24 August 2015

10 Tips & Teknik Menyimpan Duit

Menyimpan duit sebenarnya satu kemestian bagi setiap individu. Bak kata orang2 lama ' Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.

Dengan menyimpan duit anda akan dapat merasakan ketenangan dalam kerja dan kehidupan seharian. Duit yang anda tabung tadi membolehkan anda membeli sesuatu aset tanpa hutang atau secara tunai seperti motorsikal, kereta bahkan rumah (tidak mustahil).

Di sini Abg Lori nak kongsikan 10 tips atau teknik untuk menyimpan duit dengan jayanya.

1. Simpan dalam akaun bank berlainan dengan akaun bank gaji. Simpan kad bank tersebut dalam laci atau dalam bag dokumen. Jangan sesekali mengatal nak pergi 'cucuk' waktu poket kering. Simpan dalam amaun yang tetap. Simpan dahulu barulah digunakan untuk perbelanjaan lain.

2. Simpan syiling dalam bekas atau balang. Bila dah penuh tukar di kedai runcit berdekatan. Boleh juga pergi ke bank untuk deposit ke akaun simpanan tadi. (Maybank setakat ni tiada masalah).

3. Katakan tidak pada hiburan berbayar seperti Astro, panggung wayang, karaoke dan sebagainya.

4. Beli barang keperluan sahaja. Jangan ngada-ngada beli barang2 mengarut.

5. Bonus atau kenaikan gaji setiap tahun tidak harus dibelanjakan kesemuanya. Sekurang2nya 50% harus disimpan. Simpan dahulu baru belanja.

6. Kurangkan makan di luar atau di kedai makan yang mahal. Masak sendiri lebih sihat dan jimat. Berpuasa lebih baik dapat menjimatkan duit.

7. Jangan mengunakan kad kredit jika tidak perlu. Penggunaan kad kredit lebih berisiko kerana kebiasaan anda sukar untuk mengawal perbelanjaan anda.

8. Rancang perjalanan untuk pulang ke kampung atau bercuti. Andaikan anda memperuntukkan RM 500 untuk pulang ke kampung, baki daripada peruntukan tersebut hendaklah di simpan.

9. Jimatkan penggunaan utiliti seperti elektrik, air dan bil telefon anda.

10. Simpanan perlu konsistan dari segi tarikh dan jumlah. Cuba sekali sekala untuk meningkatkan simpanan waktu anda mampu.

Selamat menabung dan menyimpan duit. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang nie adalah satu kemestian untuk kita menyimpan duit. Kata sifu Abg Lori ' cash is king'.

2 comments:

  1. Saya setuju cara pertama. Bayar diri sendiri sebelum bayar atau beli benda lain.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju cara pertama. Bayar diri sendiri sebelum bayar atau beli benda lain.

    ReplyDelete