Wednesday 18 November 2015

Kebaikan cuka kurma (khal)

APA ITU KHAL?
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti Tamar (kurma), Epal, Anggur, dan Tiin yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, sehingga bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil VINEGAR.

KHAL Tamar ini dihasilkan di Negara Timur Tengah atau Tanah Arab pada sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W lagi, perhatikan petikan hadis Rasulullah S.A.W ini :
Bersabda Rasulullah S.A.W,
”Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

KHAL insyaAllah dapat menyembuhkan penyakit oleh setiap orang seperti :
Kencing Manis
Darah Tinggi
Membuang Kolesterol
Lemak di jantung dan usus
Mencegah obesiti dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi.
Mencegah masalah asid berlebihan
Masalah gout
Buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik,
Menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.

KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?
KHAL kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL juga dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di badan), memotong garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.
KHAL DAN PENJAGAAN BADAN (SLIMMING) SECARA SEMULAJADI

KHAL dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

KHAL juga membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti). KHAL membina proses awet muda, badan yang cantik (slimming), keremajaan kulit di muka, melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut. KHAL juga membuatkan kulit kelihatan sihat, melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit.

SEBAHAGIAN DARI HADIS NABI S.A.W TENTANG KHAL
Maksudnya : Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.).
Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; dan Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Perhatian : Dalam hadis sahih di atas, Rasulullah saw mengulangi sebanyak dua kali perkataan
Maksudnya (”Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”). Dalam kitab-kitab perubatan Islam, ulamak perubatan Islam menyebutkan bahawa pengulangan sebanyak dua kali oleh Nabi saw ini adalah satu penegasan dan kepentingan KHAL untuk kesihatan umatnya.

Terjemahannya : Dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (r.d) dari Nabi saw, “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan para nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.”
(Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 3318)

PERHATIAN!
Pertama: Kita dapat lihat sendiri bahawa Rasulullah saw dalam hadis di atas yang Maksudnya, “Ya Allah berkatilah pada KHAL”. Rasulullah saw memohon hajat kepada Allah agar diberkati amalan meminum KHAL, sudah pastilah doa Rasulullah ini dimakbulkan oleh Allah kerana Baginda adalah kekasihNya dan pastilah juga terdapat rahsia kepentingan KHAL oleh tubuh badan yang diciptakan oleh Allah SWT.

Kedua: Hadis di atas ada menyebutkan perkataan Baginda saw maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang elok dan tidak ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Ketiga: Saranan atau galakan Rasulullah saw dalam hadis ini tentang sabda Baginda saw
maksudnya “dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah”. Ini dapat kita fahami bahawa KHAL perlu sentiasa ada di rumah, sentiasa diminum oleh ahli keluarga di rumah tersebut.
Perlu diambil perhatian yang lebih kepada sebarang doa dan suruhan, penegasan dan galakan
dari Rasulullah saw kerana Baginda tidak akan bercakap sesuatu apa pun melainkan wahyu yang diwahyukan oleh Allah SWT
SEBAHAGIAN DARIPADA KENYATAAN KHAL OLEH ULAMAK PERUBATAN ISLAM SILAM.

Kenyataan dari Saiyidina Ali (karramallah)
Terjemahannya : “Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati.” Lihat dalam Kitab Perubatan Saiyidina Ali (k.w.)oleh Muhsin Aqil, Darul Mahajjah Al-Baida’, Bairut, 1418, muka surat 320 - 325.

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK PERUBATAN ISLAM TERKENAL IAITU IBNU SINA (TAHUN 370 - 428 H), DALAM KITAB BELIAU AL-QANUN FI AL-TIB TAHQIQ DAN TA’LIQ OLEH SA’ID AL-LAHHAM, JUZUK 1, DARUL FIKRI, BAIRUT TAHUN 1414H, MUKA SURAT 908 - 909.

Terjemahannya : “KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser),
menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak,
batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah
lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”.
(Lihat juga kitab Saidaliyyatu Ibnu Sina, Syarah dan Tak’lik oleh Ridho’ Ayash, Darus
As-Surur, Bairut, Tahun 1420 H, muka surat 725 - 727)

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK ISLAM TERKENAL IAITU IBNU QAIYYIM AL-JAUZIYYAH (TAHUN 691 - 751H) DALAM KITAB BELIAU AL-TIB AL-NABAWI DARUL KITAB AL’ARABI, BAIRUT 1410 H, MUKA SURAT 233.

Terjemahannya: KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).

CARA PENGAMBILAN
2 sudu besar cuka kurma + segelas air diminum (amalkan sebelum makan pagi, tgh hari, malam)

No comments:

Post a Comment