Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...
Doktor: "Awak nampak tak sihat?" (sambil mengambil stetoskop)
Pak Pandir: "Pening kepala, sakit dada.. doktor."
Doktor: "Aaa.. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni.. makan 2 sudu, 3 kali sehari."
Pak Pandir: "Terima kasih."
Seminggu kemudian..
Doktor: "Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?"
Pak Pandir: "Pening kepala dan sakit dada hilang dah. TAPI sakit perut pulak.." (sambil mengerang...)
Doktor : "Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?"
Pak Pandir: "Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah.. cuma, SUDU doktor.."
Doktor: "Kenapa dengan sudu?"
Pak Pandir: (dengan selamba) "Keras sikit.. doktor!"
Doktor: ???!
No comments:
Post a Comment