Thursday, 15 January 2015

Remaja bertudung dipeluk di khalayak ramai

Antara topik paling hangat bulan Januari 2015.

Kes ini berlaku semasa pertunjukan konsert kumpulan B1A4 daripada Korea yang diadakan di Kuala Lumpur.

Ramai anak-anak muda yang meminati trend K-Pop datang untuk menyaksikan persembahan tersebut. Tapi malangnya berlaku insiden di mana peminat dijemput untuk naik ke pentas kemudian dipeluk dan dicium. Lebih malang lagi peminat tersebut adalah perempuan yang bertudung.

Kes tersebut kelihatan tiada apa- apa kesan. Tetapi perasan atau tidak sebenarnya ia menunjukkan betapa bahaya kepada generasi muda sekarang.

Mereka bertudung untuk menunjukkan mereka Islam walhal hanya fesyen. Pemikiran mereka akan tersesat dari ajaran dan landasan Islam.

Perlu diingat dosa anak perempuan tertanggung pada orang tuanya selagi mana belum berkahwin.Maka beringatlah, ibu bapa yang memberi kebenaran untuk anak perempuannya pergi ke konsert tersebut umpama menempah satu tiket ke neraka Allah SWT.

Semoga umat Islam tabah menghadapi dugaan dan berjaya menangkis bahaya sama ada yang kelihatan ataupun secara psikologi.

No comments:

Post a Comment