Monday 12 January 2015

Tips Persediaan Kembali ke Sekolah

Assalamualkum wbt.

Walaupun hari ini adalah hari pertama persekolahan tahun 2015 bagi negeri Selangor saja Abg Lori nak kongsikan sedikit tips.

Tips Persediaan Kembali ke Sekolah ini merupakan pengalaman Abg Lori sendiri almaklumlah anak masuk darjah dua.

Untuk pengetahuan semua anak Abg Lori bersekolah 2 sesi. Sesi pagi di Kafa dan sesi petang di sekolah kebangsaan.

A. Keperluan kelengkapan diri.

1. Baju sekolah 6 pasang. ( 3 pagi 3 petang)
2. Kasut sekolah siap berkapur & stokin 3 pasang.
3. 1 tali leher.
4. 1 songkok hitam (kafa).
5. 1 Seluar sukan hitam.

* baju sekolah siap dijahit lencana dan nama. Abg Lori hanya beli sepasang baju baru untuk sesi pagi dan petang.
* baju dan seluar siap2 digosok.
* lencana boleh beli di koperasi sekolah.

B. keperluan Alat tulis.
1. 2 Bag sekolah
2. Pensil dan setnya.
3. Buku teks yang siap dibalut.
4. Buku tulis & buku latihan ( beli awal di koperasi sekolah)
5. Kertas lukisan dan pensel warna.

* Koperasi sekolah dibuka semasa cuti sekolah tak silap Abg Lori 2 minggu sebelum sesi persekolahan bermula.

No comments:

Post a Comment