Monday, 25 May 2015

Kaedah baru sembelih lembu

Kongsi apa yg Abg Lori baca dengan pembaca kesayangan blog abglori.blogspot.com.

Sumber daripada Harian Metro 26 May. Idea dan kreativiti untuk memudahkan sesuatu urusan amat digalakkan.

Tahniah buat orang Perlis. Dengan menggunakan kaedah ini dapat memudahkan lagi proses penyembelihan lembu lebih2 lagi semasa musim korban. Tahniah diucapkan sekali lagi.

Wednesday, 20 May 2015

Serangan ulat bulu beluncas

Tolong !!!. Serangan demi serangan bermula daripada minggu lepas. Abg Lori hanya sedar bila jiran bagitau ada ulat masa dia nak petik pucuk ulam raja yg Abg Lori tanam kat pasu belakang rumah.

Ni tak boleh jadi. Kena repeat balik.

' Ko tunggu la hari Sabtu, siap aku kerjakan korang'.

#barukautau

Monday, 11 May 2015

Apa itu throttle body dan cara mengesannya.

Apa itu throttle body. Apa kesannya kepada kereta kita. Macam mana nak buat kalau throttle body ada masalah.

Sedikit penjelasan Abg Lori nak kongsi kat sini. Semoga ilmu nie beri manfaat pada pembaca dan Abg Lori sendiri

Throtlle body adalah salah satu komponen air intake system kenderaan. Di dalamnya terdapat injap kupu-kupu yg mengawal banyak mana udara yg akan disedut masuk ke kebuk pembakaran.

Tanda-tanda throttle body kereta anda perlu diservis adalah kereta anda tidak mempunyai pick up, idle speed yang tidak tetap dan tiada kuasa untuk memotong. Tanda-tanda di atas mungkin juga berpunca daripada spark plug dan kabel plug.

Masalah throttle body boleh diselesaikan dengan kaedah cucian biasa (buka & cuci) atau melalui inovasi terbaru menggunakan kaedah flush.  Untuk kaedah flush boleh rujuk di halaman yg berikut.
http://www.oilyman.com.my/faq.htm

Tuesday, 14 April 2015

Hantar barang di Quill Mall, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Ini cerita semalam yang punya. Abg Lori diberikan tugas untuk hantar barang ke Quill Mall di Kuala Lumpur.

Bangunan ini terletak di seberang Sheraton Imperial, Kuala Lumpur Jalan Sultan Ismail. Kerap juga lalu di hadapan Quill Mall nie yang sudah lama terbengkalai.

Laluan untuk loading/unloading perlu memasuki simpang ke Kg Baru, selepas bangunan DBKL belok kiri. Akan jumpa dulu tempat pemunggahan AEON manakala tempat pemunggahan selain AEON berada di sayap kiri bangunan.

Dekorasi dan susunan premisnya seakan2 di NU Sentral. Penghantaran barang diteruskan ke Food Junction ( model baru medan selera).

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


Had Pengeluaran wang KWSP pada umur 60 tahun?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pagi nie Abg Lori tertonton siaran langsung RTM 1 bertajuk "Pokai Selepas Pencen". Panel jemputannya Datuk Omar Osman, bekas presiden Ceupacs.

Datuk saya bagi "tabik spring". Semoga Allah merahmatimu.

Macam nie la insan pembela rakyat, bukannya mereka yang berjawatan dan punyai pengaruh yang pada hakikatnya membolot kekayaan untuk diri sendiri atas kuasa mereka. Laknat Allah atas diri mereka.

Pokai Selepas Pencen berkisar tentang had pengeluaran wang pekerja yang dicarumkan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP @ EPF).

Pada ketika ini had umur pengeluaran 100% wang simpanan adalah pada umur 55 tahun. Pernah Abg Lori terbaca dalam akhbar tempatan cadangan daripada KWSP untuk menaikkan had umur kepada 60 tahun sebelum INI.

Abg Lori memang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan sebagai orang pencen pandai2 lah kita menguruskan duit yang ada pada sisa2 umur kita.

#barukautau

Sunday, 22 February 2015

Penghantaran barang di TGV Wangsawalk, Wangsamaju

Alhamdulillah. Hari pertama naik kerja selepas cuti perayaan Gong Xi Fa Chai, dengan keadaan jalanraya yang amat baik sekali.

Hari ini hanya 9 tempat penghantaran. Maklumlah baru lepas cuti 'order' masih kurang lagi. Esok lusa biasanya lebih banyak. Last station adalah di TGV Wangsawalk.

Wangsawalk ni terletak di belakang NZ nasi lemak yang famous tu. Alamat tepatnya di jalan wangsa perdana 1. Kalau daripada setapak boleh masuk ke area wangsa maju dan cari seksyen 5 atau 4. Tiada signboard khas menandakan wangsawalk. Bila terpandang bangunan seakan mall yang lengkap dengan papan iklan kedai2 yang ada di dalamnya.

Setibanya Abg Lori di kaunter pembelian tiket terus saja Abg Lori cari supervisor yg bertugas. Mudah sahaja penghantaran di sini.

Memang ramai warga kota beraya di sini. Mungkin malas nak balik kampung ataupun tiada lagi orang tuan di kampung. Boleh dikatakan ramai yang meluangkan masa untuk menonton wayang.

Kita sambung lain kali. Sekarang abg Lori nak window shopping jap di wangsawalk nie.

Thursday, 15 January 2015

Remaja bertudung dipeluk di khalayak ramai

Antara topik paling hangat bulan Januari 2015.

Kes ini berlaku semasa pertunjukan konsert kumpulan B1A4 daripada Korea yang diadakan di Kuala Lumpur.

Ramai anak-anak muda yang meminati trend K-Pop datang untuk menyaksikan persembahan tersebut. Tapi malangnya berlaku insiden di mana peminat dijemput untuk naik ke pentas kemudian dipeluk dan dicium. Lebih malang lagi peminat tersebut adalah perempuan yang bertudung.

Kes tersebut kelihatan tiada apa- apa kesan. Tetapi perasan atau tidak sebenarnya ia menunjukkan betapa bahaya kepada generasi muda sekarang.

Mereka bertudung untuk menunjukkan mereka Islam walhal hanya fesyen. Pemikiran mereka akan tersesat dari ajaran dan landasan Islam.

Perlu diingat dosa anak perempuan tertanggung pada orang tuanya selagi mana belum berkahwin.Maka beringatlah, ibu bapa yang memberi kebenaran untuk anak perempuannya pergi ke konsert tersebut umpama menempah satu tiket ke neraka Allah SWT.

Semoga umat Islam tabah menghadapi dugaan dan berjaya menangkis bahaya sama ada yang kelihatan ataupun secara psikologi.