Asalammualaikum wbt. Salam pagi Isnin yang berbahagia. "Takkan Melayu hilang di dunia", pepatah yang diungkap oleh Hang Tuah untuk mengingatkan bangsa Melayu.
Persoalan kenapa Melayu mundur dari segi ekonomi dan tamadunnya.
Jawapan yang diberikan oleh penceramah di Surau Ar-Rayyan amat tepat. Melayu secara umumnya majoriti beragama Islam. Hang Tuah juga beragama Islam walaupun asal keturunannya masih menjadi persoalan. Kerajaan Melayu Melaka pada masa itu juga adalah kerajaan Islam. Ini dibuktikan dengan wujudnya Undang-undang Kanun Melaka.
Kemunduran Melayu adalah disebabkan solat atau sembahyang pada istilah tempatan. Islam adalah agama yang shyumul. Islam menitikberatkan ibadah solat sebagai tiang agama. Solat adalah penyerahan jasad dan rohani kepada penciptanya, RabbulJalil.
"Sesungguhnya solat itu dapat menghalang daripada melakukan perkara maksiat". Ramai yang tidak bersolat daripada yang bersolat. Ramai yang bersolat tetapi lalai di dalam solat. Ada yang solat untuk menunjukkan dirinya menyembah kepada tuhan, tetapi hakikatnya dusta. Ramai yang bersolat tetapi hanya baca 'skrip'. Langsung tidak memahami apa yang diucapkannya apatah lagi menitiskan air mata menyesali perbuatan lampau yg penuh dosa.
Azan dan iqamah telah mengajak kita menuju kejayaan sama ada di dunia dan di akhirat. "Marilah menuju kejayaan". Tapi ramai di antara kita buat tak tahu bila kedengaran azan. Sebelumnya diseru dengan "Marilah mengerjakan Solat". Secara tersiratnya solat itu adalah kunci kejayaan. Di sekolah kita "Ilmu tangga Kejayaan", tapi sedarkah kita kejayaan juga perlukan kunci kerana kejayaan itu adalah rahsia Allah SWT.
Kegagalan umat Islam dalam menunaikan solat adalah permulaan kepada kemunduran Islam itu sendiri.
No comments:
Post a Comment